in

“Saya mulakan karier saya di sini” – Bakal Digantikan Dengan Didik TV, Sarimah Ibrahim Imbas Kenangan Bersama NTV7

Sarimah Ntv7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertama kali bersiaran pada 7 April 1998, Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai NTV7 bakal mengucapkan selamat tinggal kepada kita semua kerana ingin memberi laluan kepada Didik TV saluran khas TV Pendidikan pada Khamis ini. 


Didik TV yang akan bersiaran bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam ini ialah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan lagi akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara semasa musim pandemik ini.

Dalam pada itu, pengunduran NTV7 yang jelas memberi banyak kenangan kepada kita semua semasa zaman awal 2000-an telah membuatkan sesetengah netizen bersedih.

Malah penyanyi, pengacara dan pelakon, Sarimah Ibrahim juga turut meluahkan rasa sedih terhadap penutupan stesen televisyen tersebut dan berterima kasih di atas kenangan sepanjang perkhidmatannya di NTV7. 

Kalau korang nak tahu, karier Sarimah start kat NTV7 la bila dia mengacara Kids@7 dulu….

Goodbye ntv7malaysia .. i started my TV career here.. hosting the Launch Of NTV7 April 7th 1998…??? With Rosyam Nor…

Posted by Sarimah Ibrahim on Monday, February 15, 2021

 

Selamat tinggal NTV7… Saya memulakan karier TV di sini. Mengacara acara pelancaran NTV7 pada 7 April 1998 bersama Rosyam Nor dan Hairie Othman.

“Kemudian saya mengacara rancangan Kids@7, The RIM Chart dan berlakon dalam siri TV Maka Terciptanya Perempuan, Bella Talk Show dan banyak lagi. Memori kekal di ingat. Saya masih…. Feel Good. Tiara Jacquelina dan semua terima kasih.” 

 

“Tengok logo NTV7 teringat zaman kanak-kanak…” 

Pada masa yang sama, netizen juga mengimbau kembali kenangan mereka menonton pelbagai program menarik di NTV7. Admin antara yang hidup di zaman ni tau! 

Ntv

Rindu kan dengan NTV7…. 

Baca: Selamat Tinggal Tesco! Tesco Malaysia Hari Ini Secara Rasmi Dikenali Sebagai Lotus’s

Tesco 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.