in

Selamat Tinggal Tesco! Tesco Malaysia Hari Ini Secara Rasmi Dikenali Sebagai Lotus’s

Tesco Now Lotus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang tertanya-tanya kenapa bila check-in MySejahtera dekat Tesco tiba-tiba keluar nama lain, haa ternyata korang tak tahu yang sebenarnya Tesco sudah bertukar nama.

Menerusi perkongsian tweet @wanfarlee95, Tesco Malaysia hari ini secara rasminya dikenali sebagai Lotus’s. 


https://twitter.com/wanfarlee95/status/1361130713676869637

Perkara ini bukan sekadar khabar angin daripada netizen semata-mata namun ia juga disahkan sendiri oleh pihak Tesco di cawangan-cawangan mereka melalui papan tanda di dalam pasaraya mereka.

Euphdshuuaiz7Dd

Eupmebivcaq4Tt9
Gambar papan tanda di thailand

 

“Kena gi Tesco la macam ni. Borong brand Tesco…” 

Berita tentang pertukaran Tesco ke Lotus’s sebenarnya agak mengejutkan netizen yang tidak tahu menahu hal tersebut.

Apa-apapun ada yang mula mahu memborong barangan brand Tesco kerana barangan jenama tersebut dikatakan agak berkualiti dan susah nak dapat nanti bila Tesco sudah sepenuhnya bertukar kepada Lotus’s.

Rukar

Terdahulu menerusi laporan Berita Harian pada 9 Disember 2020, pihak Tesco Plc telah memuktamadkan keputusan mereka untuk menjual perniagaan di Thailand dan Malaysia kepada CP Retail Development Company Ltd.

Pasaraya Tesco di Malaysia dan Thailand kini dimiliki oleh Lotus Thailand, yang dimiliki oleh Charoen Pokphand (CP).

So lepas ni kita kena sebut nak pergi Lotus’s la bukan lagi Tesco ye gais. Kena biasakan ni. 

Baca: “Aduhh buruk nama Malaysia je” – Isu Trademark ‘Harimau Menangis’ Dah Sampai Ke Thailand, Netizen Malaysia Mohon Maaf

Thai

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.