Perbuatan jahat tambah-tambah membunuh orang yang tak bersalah ini jangan dibuat main.
Kisah seorang lelaki dari Indonesia ini macam kisah sinetron pula bila didengar apabila dia katanya telah membantu seorang rakannya untuk menyembunyikan mayat wanita yang dibunuh dengan kejam.
Walau bagaimanapun, hidup lelaki ini katanya sentiasa dalam ketakutan apabila dia sering diganggu roh mangsa yang tidak tenteram. Alamak!
Menurut Harian Metro, seorang lelaki bernama Nyali Hendra Supriyatna, 38, telah membunuh, Hilda Hidayah, 22 yang sedang sarat mengandung sembilan bulan dengan kejam di sebuah taman berhampiran dengan plaza tol pada 7 April 2019.
Tujuan dia melakukan perkara tersebut ialah kerana Hilda meminta dia bertanggungjawab ke atas kehamilan tersebut. Ini menyebabkan Nyali naik angin sebelum membunuh Hilda tanpa belas kasihan.
Nyali telah dibantu Muhammad Qhairul Fauz, 20, yang kemudian menyembunyikan mayat tersebut. Mereka katanya telah berjaya sembunyikan hal tersebut selama setahun!
Macam manapun, Muhammad Qhairul didakwa hidup tidak tenang semenjak melakukan perbuatan itu kerana pernah diganggu oleh ‘roh mangsa’.
“Dia minta menikah secara sah tapi…”
Sebelum perkara tersebut terbongkar, pihak polis katanya telah menemui mayat wanita misteri yang menimbulkan tanda tanya kerana tidak dapat mengenal pasti identitinya.
Ia disebabkan ketika ditemui, separuh daripada mayat yang ditanam di dalam tanah sudah mulai mereput. Malah tiada sebarang dokumen pengenalan diri juga ditemui pada mangsa dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Pun begitu, selepas setahun perkara tersebut berlaku, Nyali sendiri tampil mengaku membunuh Hilda sebelum pihak polis menjejaki Muhammad Qhairul.
Hasil soal siasat, Nyali mengaku Hilda hamil sembilan bulan hasil hubungan terlarang mereka. Dia juga pada awalnya tidak mempunyai niat untuk membunuh kekasihnya.
“Tapi dia minta menikahi secara sah, saya tidak setuju dan sekarang saya menyesal,” katanya.
Manakala Muhammad Qhairul pula berkata,
Saya dihantui roh arwah mangsa, saya minta maaf kepada mangsa,” katanya.
Dengan pengakuan mereka berdua, kes misteri yang menjadi persoalan kepada pihak berkuasa setahun yang lalu dianggap selesai.
Haih itulah… sebelum nak buat sesuatu perkara tu cuba fikir dulu.