in

“Ada roh jahat ikut saya” – Ambil Selfie Suka-Suka Waktu Berseorangan di Rumah, Sekali Tengok Refleksi Ada…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan kalau korang berseorangan di rumah tapi rupa-rupanya ada ‘kawan’ yang teman. Itulah yang berlaku kepada seorang ibu yang ternampak ‘sesuatu’ pada refleksi kaca matanya.


Menurut DailyStar, Sara Medeiros menceritakan tentang kejadian tersebut di mana ketika itu ketiga-tiga anaknya berusia 2 tahun, 14 tahun dan 18 tahun tiada di rumah.

Dia kemudian menggayakan sepasang kaca mata baru dan mengambil gambar selfie sebelum dihantar kepada teman lelakinya untuk meminta pendapat.

Lepas dah hantar dan tengok semula, baru dia perasan melalui refleksi kaca mata tersebut ada penampakan dua orang yang sedang merenungnya.

Saya nampak dua bentuk badan, seorang kanak-kanak lelaki berdiri di sebelah kiri dan seorang lagi tinggi di sebelah kanan, berdiri bersebelahan.”

Sekarang baru saya percaya dengan kewujudan hantu/roh/entiti. Memang dah banyak kali saya diberitahu ada roh seorang kanak-kanak lelaki yang mendampingi saya dan juga ada roh jahat mengikuti saya.”

Sara sempat berkongsi gambar itu di laman web Quora dan telah mencetuskan pelbagai perdebatan serta mendapat perhatian ramai. Ada yang percaya dengannya namun ada juga yang berkata mereka tidak nampak dua entiti seperti yang dikatakan Sara.

Baca: Seram! Penampakan Kelibat Pontianak Di Gelanggang Badminton, Tetapi Ini Reaksi Netizen…

Sumber: DailyStar
Sumber: DailyStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.