Pemergian Abam Bocey memberi kesan terhadap ramai orang terutamanya rakan artis serta peminat komedi di Malaysia. Ramai selebriti dunia hiburan yang mengucapkan takziah serta mendoakan arwah sebaik mendapat tahu berita pemergian Abam pagi ini.
https://www.instagram.com/p/B8XjzN9p-fq/
Begitu ramai yang terkesan dan pastinya peminat kumpulan Bocey sendiri berasa sedih apabila mendapat tahu salah seorang anggota telah pergi buat selamanya.
Seperti adik ini yang tidak dapat menahan sebak di dada dan menangis selepas mendapat tahu Abam telah meninggal dunia. Melalui video yang viral di Twitter, seorang individu muat naik sebuah video menunjukkan saudaranya menangis teresak-esak di dalam kereta.
Rupa-rupanya adik ini merupakan peminat cilik Bocey. Dalam video itu, adik ini yang masih memakai uniform sekolah dilihat menangis sambil tangan menekup mukanya dan mengelap air mata.
Bocey adalah kumpulan kegemaran saya dalam Maharaja Lawak Mega dan sekarang dia (Abam) sudah tiada…”
Tonton video di bawah:
My cousin crying really bad when he knows about Abam Bocey passed away. ? pic.twitter.com/EWREMKIRRo
— zarif.hamizan (@zrfhmz) February 10, 2020
Ramai netizen yang menonton video itu turut bersedih dan akui mereka juga turut tidak dapat menahan sebak bila dapat tahu Abam meninggal dunia.
Tak lupa juga ada netizen yang turut meminta agar orang lain mendoakan arwah supaya rohnya dicucuri rahmat dan tenang di sana.