in

“Saya menggeletar… ketakutan” – Insiden Tembakan Rambang Di Christchurch New Zealand, Seorang Mangsa Rakyat Malaysia Dikhuatiri Terbabit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahuakhbar! Di pagi Jumaat yang mulia ini, dunia menerima perkhabaran yang sangat mengejutkan apabila dua buah masjid di Christchurch, New Zealand dilaporkan telah terlibat dalam insiden tembakan rambang yang meragut sebilangan nyawa tak bersalah.


Menurut Sinar Harian, dua masjid yang terlibat ialah Masjid Al Noor di tengah Christchurch dan Masjid Linwood di Lindwood Avenue.

Sumber: Sinar Harian

 

“Saya lihat mayat di sana sini. Ada tiga di satu lorong, di pintu masuk masjid, dan di dalam masjid” 

Menurut saksi kejadian, dia telah melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor kira-kira jam 1.45 petang (waktu tempatan) dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu, lapor Astro AWANI.

Sebaik saja itu, orang ramai yang ada di dalam masjid bertempiaran keluar dalam ketakutan dan saksi melihat suspek terbabit menjatuhkan senjatanya di hadapan rumah saksi sebelum melarikan diri.

“Saya lihat mayat di sana sini. Ada tiga di satu lorong, di pintu masuk masjid, dan di dalam masjid. Semacam tidak percaya ini boleh berlaku.

“Saya tak faham bagaimana orang boleh melakukan sebegini kepada orang lain. ia tidak masuk akal,” kata saksi yang turut pergi ke masjid untuk menghulurkan bantuan.

Sumber: Astro AWANI

 

Penembak ‘live stream’ tembakan rambang dalam masjid

Lebih mengerikan serta kejam, penembak rambang tu lapor The Straits Times telah melakukan live streaming di media sosial selama 17 minit. Penembak terbabit dikenali sebagai ‘Brenton Tarrant’ merupakan seorang lelaki yang berkulit putih, berumur 28 tahun dan dilahirkan di Australia.

Live streaming tu dikatakan bermula apabila si penembak telah memandu ke Masjid Al Noor dan park keretanya dekat tepi jalan. Suspek kemudian mengeluarkan senjata dari kereta dan bergerak ke masjid sebelum memulakan tembakan.

https://twitter.com/MatthewKeysLive/status/1106381570011586560

Video ni walaupun bagaimanapun tidak galakkan untuk di’share’ atau ditonton ramai. Kalau korang berani boleh klik link ini. AMARAN KERAS. Jangan share tau! 

 

“Pakcik saya kena tembak di belakang” – Rakyat Malaysia

Walaupun berita ni masih belum disahkan, namun menurut NZ Herald, seorang rakyat Malaysia dilaporkan antara mangsa tembakan rambang ini. 

Seorang saksi berusia 14 tahun bernama Idris Khairuddin berkata, mereka baru saja ingin memulakan solat jumaat sebelum dia mendengar bunyi das tembakan.

“Pada mulanya saya ingat ada orang buat kerja construction atau apa, tapi kemudian saya nampak orang berlari dan menjerit,” katanya yang juga seorang pelajar di Hillmorton High School.

Sumber: Astro AWANI

Pakciknya, Tarmizi merupakan salah seorang daripada 6 mangsa yang diketahuinya terkena tembakan. Idris yang duduk berdekatan dengan pintu kemudian melihat satu persatu orang jatuh tapi tak pasti sama ada mereka cedera.

“Saya hanya lari sejauh mana saya mampu, melompat ke pagar Hagley Park, saya tak berhenti sekejap pun. 

“Bunyi tembakan tu macam pop, pop, pop… saya rasa dekat 50 das,” katanya yang tinggal bersama pakcik di Christchurch.

Menurut Idris, pakciknya terkena tembakan di belakang badan dan berharap kecederaan lelaki itu tidak serius.

“Ini minggu pertama saya ke masjid ini… saya masih lagi menggeletar dan trauma,” kata Idris.

Marilah kita doakan keselamatan rakyat Malaysia dan mereka yang terlibat di sana. Semoga baik-baik saja. Amin… 

Baca: “Suspek tunggu mangsa selama 20 minit” – Ustaz Dari Palestin Maut Ditembak Semasa Nak Ke Surau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.