“Suspek tunggu mangsa selama 20 minit” – Ustaz Dari Palestin Maut Ditembak Semasa Nak Ke Surau

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kita semua dah sedia maklum dengan setiap kes yang terjadi dekat Palestin, yang dah berlaku hampir puluhan tahun. Hampir semua berita yang kita terima tentang Palestin boleh buat sesiapa je terasa sedihnya. Sebab itu lah ada segelintir orang Palestin yang masih selamat ni ambil keputusan untuk lari ke negara Islam yang lain.

Negara kita adalah antara negara pilihan dorang. Ramai jugak yang ambil keputusan untuk menetap kat sini, dengan sambung belajar atau bekerja di sini. Namun apa yang menyedihkan apabila dorang dah anggap yang negara kita ni selamat untuk dorang menetap, tapi hakikatnya tidak. Buktinya, baru-baru ini kecoh apabila seorang ustaz yang berasal dari Palestin maut ditembak dekat negara kita sendiri. WHATTT!

Sumber: Twitter

Menurut Berita Harian, ustaz ini telah ditembak masa beliau nak ke surau yang hanya 300 meter dari rumahnya. Mangsa merupakan imam kedua di Surau Arab, dan sepatutnya mangsa mengimamkan solat subuh pada hari tersebut. Mangsa jugak merupakan pensyarah Kejuruteraan Eleketrik di salah sebuah institut swasta dan kini berusia 35 tahun.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, CCTV berjaya rakam dua orang suspek yang dah tunggu mangsa selama 20 minit di hadapan kediaman mangsa, Kondominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Taman Medan. Dari rakaman CCTV tersebut, nampak dua suspek tu menaiki motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS. Lepas 20 minit tunggu, dorang terus lepaskan 10 das tembakan pada mangsa sejurus lepas dorang nampak mangsa keluar dari kediamannya. WEEYYYYY!

Sumber: Twitter

“Empat daripada 10 tembakan terkena kepala dan dada mangsa, dan mangsa maut di tempat kejadian”

“Penembak itu memakai topi keledar berpenutup penuh dan buat masa ini, siasatan mendapati tembakan dilepaskan seorang daripada suspek ke arah mangsa dari jarak dekat”

“Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi dalam keadaan ketika itu agak gelap dan dari CCTV itu, kita lihat ada dua individu lain yang berjalan di lokasi sama, tapi tidak diendahkan suspek sehinggalah mangsa muncul,” kata ketua polis tersebut.

Sumber: Twitter

Motif kenapa dorang pergi tembak mangsa, masih lagi tengah siasat. Tapi dipercayai ada elemen pengganas. Lepas je kejadian itu, mangsa terus dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebab membunuh.

Mangsa meninggalkan balu dan tiga orang anak perempuan yang masing-masingnya berusia satu hingga enam tahun.

Alahai kesiannya… Harap pihak polis dapat tangkap suspek dengan kadar segera.

Baca: Penerima Anugerah Pemandu Contoh Grab Ditembak Mati Oleh Penumpang Sebelum Kereta Dicuri

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Zarith Sofea

Seorang gadis yang minat membaca dan melayari internet untuk lebih cakna tentang gosip dan berita terkini. Peka dengan keadaan semasa tetapi tidak mudah terpengaruh dengan budaya fitnah yang tidak sihat.