in

“Saya mengaku saya bersalah” – Tuduh Econsave Seri Iskandar Tak Jual Produk Muslim, Individu Tarik Balik Kenyataan Sebab Terbuat ‘Fitnah’?

Econsave Cc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, kecoh di media sosial isu pasaraya Econsave Cash & Carry Sdn Bhd (Econsave) dituduh tidak menjual barangan keluaran Bumiputera Muslim, lapor Sinar Harian.

Berita ini telah mendapat perhatian pihak Econsave sendiri sehingga Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara pada 2 September lalu berhubung fitnah terbabit. 


 

“Pengajaran – semak sebelum fitnah” 

Punca isu fitnah mula ditularkan ialah apabila seorang netizen telah memuat naik cerita dari ‘pengalamannya sendiri’ yang kononnya dia telah diberitahu staf Econsave sendiri bahawa pasaraya itu tidak lagi menjual produk dari syarikat Melayu Muslim. 

Berikut perkongsian dari Twitter Syahredzan Johan.

Fitnah

Econ
sumber: twitter

 

“Saya mengaku yang saya membuat kesilapan dan telah menyampaikan maklumat yang tidak benar” 

Namun setelah individu ni menyedari dia sudah membuat kesilapan, dengan pantas dia memohon netizen untuk memadamkan postnya yang terdahulu dan tidak lagi menularkan info berkenaan Econsave.

Haih senangnya buat fitnah… lepas tu minta maaf dan delete. Tapi kemusnahan dan reputasi Econsave yang telah tercalar macam mana?

Edh2B6Puyaagaeq

Edh2B6Qvuaaim8A

Edh4Aogvaail1Sn
sumber: twitter

 

“Pasaraya tersebut banyak tolong misi keamanan” 

Menurut Syahredzan, tak wajar melemparkan fitnah kepada pasaraya Econsave kerana pasaraya ini banyak membantu dalam misi-misi kemanusiaan dan keamanan.

Misi

Edh6Okvvuaevsd

Edh6Okzueaalxc1
sumber: twitter

Apa-apapun admin berharap selepas ini netizen kat luar sana siasat dulu sebelum menyebarkan sebarang info, tambah-tambah pulak berkaitan isu makanan dan perkauman ni. Takut timbul perkara yang tak diingini macam ni. 

Baca: “FB makan tuan!” – Orang Putih Buat Gerakan Boikot Produk Halal, Tapi Orang Muslim Di Australia Like Page Ni Sebab…

Halalan Toyyiban

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.