Bagi seseorang yang beragama Islam, ia amat penting bagi kita untuk memeriksa sama ada makanan yang kita ambil tu halal ataupun tidak. Kalau korang tinggal di Malaysia, hal ni tak menjadi masalah sebab kita ada JAKIM yang akan bagi pengesahan.

Tapi… macam mana pulak kalau kita tinggal di luar negara? Mesti susah nak cari makanan yang betul-betul halal kan?
Apa-apapun admin salute dengan kebijaksanaan Muslim yang tinggal di Australia kerana mereka menggunakan page Facebook yang memboikot makanan halal untuk sesuatu yang berguna!
“Ramai Muslim Like page tu sebab senang dapat tau company mana jual makanan halal”
Menerusi perkongsian netizen bernama Adlan di Twitter, Australia kini mempunyai satu gerakan yang diasaskan penduduk non muslim di sana untuk memboikot produk berlabel halal.
Oleh itu, mereka telah membuka satu page Facebook Boycott Halal in Australia dengan harapan untuk membantu golongan yang sama pegangan dengan mereka tu dari membeli produk halal ni.
Di Australia, Ada gerakan omputih boikot produk Halal. Tapi ramai Muslim Like page tu sbb senang dpt tau company mana jual makanan halal. ? pic.twitter.com/LJ800QT6nz
— Adlan Khalidi ?? Google Ads (@myadlan) September 2, 2019
Memang perkara ini berbunyi sangat sensitif, tapi sebagai seorang Muslim yang bakal melancong atau tinggal di Australia, page ini berguna sebab kini mereka tanpa ragu-ragu lagi boleh mencari makanan halal dengan lebih mudah menggunakan info daripada page tersebut! Wahhh brilliant!
“Kenapa nak melenting instead gunakan peluang yang ada?”
Oleh sebab tu lah kita sebagai Muslim jangan cepat melenting dengan satu-satu isu dan gunakan kembali isu tersebut untuk kebaikan diri kita sendiri.
Rata-rata netizen memang salute habislah dengan Muslim yang berfikiran bijaksana macam ni. Buat malu je nak boikot barangan halal.

So bagi korang yang ragu-ragu makanan ni halal atau tak di oversea, boleh je follow page Boycott Halal in Australia ni.
Dia orang siap nak boikot Cadbury dan Toblerone lagi sebab mempunyai halal certifcate. So siapa kata Cadbury haram hari tu? Maybe boleh rujuk page ni.
https://www.facebook.com/BH.Australia/posts/1310150112467122?__xts__%5B0%5D=68.ARBrIx9qZmM29r3v5UWLs9d-uSFdoT6ajtUDA5q5RY3iCx3ngd3_siKSUSb3w0wh9BuEM52rYBByVEvykFuPO5fmJd8nq1scFF_nbcVPGjlcHK7qMnELOx3vheLT_kF8428L308AgkUMxSyGbx_gaCjO17tKZjWQShzU75-DLBZA2_kfz5eVwFSLJOmAQuXdsZKMRdkoIHLXTjlEOy29S-GvP9pQWORIkaeWrk9Bz7Upn3FK4rqksKPXU1BpeH7fGtUpaswlTBA5clqBfRtIRFqcip268gcdbNQunIhQmofuIqNMfFpFezCmxwRKimaLYZpk_TJr7Vrk9ptty0X-RbRHBIEYtKu8YSYu3Bbslny55IILt9DG_H5VmWhrPCLKCN_h1Jz-47UFp9jr2y-EBOf0iIRUrbYBNoY979sci5IotflKxkVs2iQeiK5WFTtwx5UBJLOah_KptgZBBWFpBebouEfyFhcS69PtrTniAJHyPVAFT-ukviEP&__tn__=-R
https://www.facebook.com/BH.Australia/photos/a.502783996537075/1286408608174606/?type=3&theater
Inilah kata orang bila senjata makan tuan!
Baca: “SOP apa yang mahal sangat?” – Lelaki Ini Dedah SOP Permohonan Sijil Halal Jakim