in

“Saya masih lagi solo”- Khai Bahar Tinggal Emoji ‘love’ Dekat Posting Nabila Razali, Netizen Mula Buat Spekulasi

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah sah menjadi suami isteri pada 26 Mac lalu dan majlis resepsi diorang pula diadakan pada 3 April lalu di Bayswater,KLCC. Ramai juga rakan-rakan artis yang dijemput ke majlis itu untuk raikan pasangan pengantin tersebut.


Antara rakan artis yang turut hadir ialah Nabila Razali dan Khai Bahar.

Lepas pergi wedding Ernie dan Syamel, Nabila ada muatnaik gambar-gambar dekat majlis resepsi itu dengan caption:

“Another beautiful wedding! Congratulations to these 2 lovebirds! Until Jannah! #GoodbyeHelloBMKN”

Tapi, apa yang curi perhatian adalah bila Nabila dan Khai masing-masing ada muatnaik gambar bersama ketika di majlis resepsi itu. Hmm, ‘sesuatu’ sangat tau diorang ni!

Capture 10

Bukan itu sahaja, Khai Bahar juga siap komen emoji ‘love’ dekat posting Nabila tersebut dan Nabila pun reply benda yang sama dekat komen Khai Bahar itu.

Memang berteka-teki la netizen tengok komen tu.

Photo6291626029621553916

 

Netizen Kata Sepadan

Dekat ruangan komen, netizen ramai yang cakap Nabila dan Khai sesuai dan dilihat sepadan bersama.

Siap ada yang tanya bila ‘turn’ Nabila pula yang akan kahwin. Amboi netizen ni pun, tak menyabar tau!

Photo6291626029621553915

 

Khai Bahar Beri Penjelasan

Lepas banyak spekulasi mula timbul tentang Khai dan Nabila, akhirnya Khai beri penjelasan.

Menurut mStar, Khai Bahar beritahu yang dia dan Nabila Razali tiada apa-apa hubungan istimewa lagi.

“Ketika itu acara bergambar dan kebetulan kami berada berdekatan antara satu sama lain. Sebab itu kami ambil gambar bersama dengan Ernie dan Syamel.”

Bercerita kepada mStar lagi, Khai Bahar jelaskan yang komen ‘love’ di posting Nabila Razali itu tak bawa maksud apa-apa pun.

“Saya memang suka berkawan dan perkara ini tidak menjadi hal buat saya sebab sebelum ini pun saya banyak dikaitkan dengan selebriti wanita yang lain.”

Disoal pula mengenai jodoh kepada Khai Bahar, katanya dia tak tergesa-gesa lagi nak berumah tangga.

“Saya masih lagi solo dan tidak tergesa-gesa cari calon isteri.”

Kita doakan yang terbaik je lah untuk diorang dua ni. Orang kata, kalau ada jodoh tak ke mana. Betul tak?

 

Sumber: mStar

Baca: “Tak perlu utk saya dedahkan siapa”- Nabila Razali Buka Mulut, Ada Rakan Artis ‘Kutuk Belakang’ Persembahan AJL35

Nbb

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.