in

“Tak perlu utk saya dedahkan siapa” – Nabila Razali Buka Mulut, Ada Rakan Artis ‘Kutuk Belakang’ Persembahan AJL35

Ft Nabilarazali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nabila Razali terima terlalu banyak kritikan dan kecaman hebat di media sosial susulan persembahannya pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) membawa lagu Peluang Kedua. Namun, bukan hanya netizen tetapi penyanyi berusia 29 tahun itu sebenarnya turut dikecam individu dikenalinya.


Menurut Gempak, Nabila ‘buka mulut’ menceritakan tentang rasa kesal di hatinya apabila mendapat tahu ada rakan artis dalam industri seni yang mengutuk di belakangnya.

Kesal juga kerana tak sangka, orang yang sama-sama cari rezeki dalam bidang ini, pernah sama-sama duduk semeja, duduk berbual namun dia jugalah yang cakap negatif pasal saya.”

Sedangkan kita sama-sama menjadikan kerja ini sebagai periuk nasi, apa salah makan elok-elok? Sebenarnya tak perlu pun menambah minyak lagi.”

Sekarang saya dah tahu siapa kawan, siapa lawan.”

Kata Nabila, dia mahu merahsiakan identiti artis tersebut namun berharap apa yang dialaminya itu membuka mata ramai orang untuk sentiasa berfikir sebelum berbicara.

Nabila turut menangkis dakwaan dan desas desus yang mengatakan dia akan berhenti daripada menyanyi kerana apa yang berlaku di pentas AJL35 baru-baru ini.

Tak perlu untuk saya dedahkan siapakah mereka itu. Siapa yang tahu, tahulah. Bukan apa, mereka ini cakap tentang saya seolah-olah begitu mengenali diri ini sejak kecil, tak manislah bukan.”

Tak apalah, harap-harap selepas ini kita semua boleh buka mata dan beringat setiap kali berbicara sesuatu. Adakala kita sebagai manusia bila enak bercakap sampai lupa keadaan sekeliling.”

Tiada apa yang menghalang saya daripada melakukan apa yang disukai. Walau apa pun saya buat, orang tetap akan bercakap.”

Tak mengapa, perkara yang lepas sudah pun terjadi. Apa yang penting terus berjalan ke hadapan sebab kita masih boleh merancang untuk hari esok.”

Baca: “Tak terkucil pun” – [Video] Waktu Nabila Razali Rehearsal Peluang Kedua, Ramai Netizen Bagi Moral Support

Nr4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.