in

“Saya lihat pesakit Covid di sebelah saya mati. Bagaimana nurses dan Doc kerja di ICU. Allah saja tahu beratnya tugas mereka”- Bekas Pesakit COVID-19

Emilia

Sejak akhir-akhir ini kita seolah-olah terpaksa menerima hakikat jumlah kes harian yang dicatatkan negara menghampiri 5,000 kes setiap hari, dengan Selangor masih menjadi negeri yang catat kes tertinggi.

Malah jumlah kematian harian juga mencatatkan angka yang sedikit membimbangkan apabila mencecah lebih 30 kematian dalam satu hari.

Baru-baru ini juga kecoh keadaan hospital dan ICU di negara ini yang dikatakan sudah menghampiri tahap maksima dan berada pada paras kritikal.

Berkongsi situasi keganasan Covid-19, Emilia Ismail tampil menceritakan pengalamannya sebagai bekas pesakit Covid-19 yang ditempatkan di ICU di Hospital Sungai Buloh.

Ini kisah yang dikongsikan Emilia…

Assalamualaikum semua..saya mengambil kesempatan utk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA..maaf tiada gambar family photo utk…

Posted by Emilia Ismail on Saturday, May 15, 2021

Emilia berkata dia disahkan positif Covid-19 pada 29 April yang lalu selepas mengalami batuk dan demam selama seminggu.

Malah keadaannya semakin kritikal bila dia tidak dapat bernafas sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU di Hospital Sungai Buloh.

1

Katanya ekoran keadaannya yang membimbangkan, dia ditidurkan selama 3 hari, bila sedar dari ‘tidur’ dia dapati semua tangan dan badannya penuh dengan wayar.

“…dan di situ saya melihat mcm mana pesakit Covid di sebelah saya mati, saya dpt rasakan yg ALLAH SWT masih memberi peluang kedua buat saya. Saya melihat bagaimana nurses dan para Doc yg bekerja di ICU. Ya ALLAH tuhan saja yg tahu how ikhlas dan beratnya tanggungjawab mereka.”

2

Bersyukur kerana diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan, wanita itu turut berterima kasih kepada para frontliners atas susah payah mereka berjuang untuk melawan Covid-19 ini dari terus merebak dalam negara.

Malah Emilia turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kesihatan Hospital Sungai Buloh selain turut menitipkan pesan buat rakan-rakan.

Kepada semua staff ICU dan staff Ward 6 Hospital Sungai Buloh yg bekerja keras menjalankan tugas menangani pesakit Covid yg non stop keluar masuk nii. Alhamdulillah, dah discharged to Home sweet Home. Sekarang tengah buat fisioteraphy sendiri kat rumah. Kaki masih tak kuat nk jalan.❤️
Jadi pls..pls..pls…rakan2 FB ku..STAY SAFE & STAY HOME.
Jaga diri yer guys! #StayAtHome
Palestin
Sumber: Facebook