in

Lebih 40 Mayat Dipercayai Pesakit Covid-19 Ditemui Terapung Di Sungai Ganges, India

Bodies 768X404 1

Penafian: Artikel ini mengandungi beberapa gambar yang mungkin kurang menyenangkan bagi sesetengah orang. Kebijaksanaan pembaca amat diharapkan.

Semalam (10 Mei), sebanyak 40 mayat yang telah kembung dan mereput ditemui tersadai di pinggiran sungai Ganges di India utara. Ramai percaya mayat-mayat ini merupakan pesakit Covid-19 yang telah dihanyutkan dari Uttar Pradesh.

Menurut NDTV, mayat-mayat ini mungkin telah dibuang ke dalam sungai oleh segelintir keluarga yang tak boleh mencari tempat untuk membakar atau menanam mereka kerana terdapat kesan terbakar pada beberapa mayat yang ditemui.

Screenshot 2021 05 11 At 3.35.06 Pm

Pihak berkuasa daerah Chausa, Ashok Kumar mengatakan, terdapat lebih kurang 40 ke 45 mayat ditemui terapug namun jumlah keseluruhan mungkin menghampiri 100. Tambahnya lagi, mayat-mayat ini mungkin akan dibakar atau dikebumikan.

Mayat-mayat ini dah kembung, mungkin dah ada dalam air sekurang-kurangnya lima ke tujuh hari. Kami sedang menguruskan mayat-mayat ini dan akan siasat dari mana mereka datang.

“Mayat-mayat ini bukan dari sini kerana kami tak ada tradisi buang mayat dalam sungai.”

Untuk pengetahuan korang, situasi ini telah menimbulkan rasa panik kepada penduduk-penduduk di bandar tersebut serta kampung-kampung bersebelahan kerana takut dijangkiti virus Covid-19 dari mayat-mayat yang ditemui.

R

Sementara itu, penduduk tempatan dan wartawan di sana melaporkan, kekurangan kayu untuk membakar mayat dan kenaikan harga pengebumian mungkin telah menyebabkan banyak keluarga tak mempunyai pilihan lain selain buang mayat keluarga mereka ke dalam sungai.

Hospital swasta telah mengambil kesempatan ke atas orang. Mereka telah meminta bayaran sebanyak 2,000 rupees (RM111) hanya untuk bawa mayat meggunakan ambulans.

“Sungai telah menjadi tempat untuk orang membuang mayat sebagai jalan penyelesaian.”

S

Setakat ini, India telah melaporkan sebanyak 22,991,927 kes Covid-19 dan 250,025 kematian. Bagaimanapun, pakar meramalkan, jumlah kematian sebenar mungkin lebih tinggi.

 

Baca: Krisis Covid-19 India: Sebab Terdesak, Wanita Ini Beri CPR Mulut Ke Mulut Untuk Ibu Dijangkiti Wabak

Screenshot 2021 05 11 At 3.43.22 Pm

Sumber: Reuters
Sumber: Reuters
Sumber: Reuters