in

“Saya lega dia dah mati” – Pedofilia Dianggap Paling Jijik Dalam Penjara, Mungkin INI Sebab Richard Huckle Dibunuh

Collage 45

Pada Ahad lepas, kita semua digemparkan dengan berita kematian Richard Huckle yang mati ditikam di penjara semasa dia menjalani hukuman penjara seumur hidup di UK.

Digelar sebagai penjenayah paling teruk dalam negara oleh media British, Richard yang sebelum ini bekerja sebagai jurukamera dan guru Bahasa Inggeris telah cuba untuk memenangi hati keluarga komuniti miskin di Asia Tenggara supaya dia dapat menjalankan jenayah jijiknya terhadap kanak-kanak termasuk di Malaysia.

2 Richard Huckle

Richard telah diberi 22 hukuman penjara seumur hidup di mahkamah London pada Jun 2016 selepas mengaku bersalah atas 71 dakwaan penderaan seks ke atas kanak-kanak berusia 6 bulan ke 12 tahun.

Macam yang korang aware, kesalahan jenayah dia termasuk merakam perbuatan dia merogol kanak-kanak, mengambil gambar dan kongsikan gambar dan video kepada pedofil di seluruh dunia dengan menunjukkan kanak-kanak dari komuniti miskin sebagai mangsa yang mudah didekati.

Bukan tu je, Richard juga merasakan dengan statusnya sebagai “orang putih”, dia boleh buat orang-orang Asia suka dengan dia. Tambah-tambah lagi time tu kesedaran tentang pedofilia ni memang kurang dekat sini. Urgh!!!

Tapi, tak sampai tiga tahun Richard Huckle menjalani hukumannya, dia telah ditikam oleh seorang banduan di dalam penjara. Kenapa?

Penjara adalah neraka untuk pedofil

Untuk pengetahuan korang, Richard Huckle bukanlah pesalah pedofil yang pertama mati dibunuh di penjara. Sebelum ini, seorang paderi yang juga merupakan pencabul kanak-kanak telah dibunuh di dalam selnya pada tahun 2003 dan pembunuhnya menganggap perbuatannya ini sebagai satu kejayaan.

Menurut ABC News, jurucakap bagi penjara di California berkata kalau banduan membunuh pesalah seks, dia akan dijulang oleh banduan-banduan lain.

Pembunuh akan mendapat respect dari banduan-banduan lain kalau dorang dapat bunuh pesalah seks.”

Penjara adalah tempat yang merbahaya untuk pedofil dan pesalah-pesalah pedofil ini menduduki hieraki terendah dalam penjara dan dibenci oleh banduan.

Kerana itu, kebanyakan dari pesalah yang melakukan penderaan seksual pada kanak-kanak ini diletakkan dalam tahanan perlindungan bersama dengan banduan-banduan yang menerima ancaman dalam penjara.

Biasanya, apabila banduan lain tahu tentang jenayah yang pedofil lakukan, dorang tak akan bertahan lama di penjara.

“Dorang boleh selamat asalkan dorang tak brag pasal kesalahan dorang.”

Kalau pun dorang tak dibunuh, pesalah pedofil berisiko untuk diganggu dengan cara-cara lain juga tau.

Dorang berisiko untuk dibunuh, makanan diambil, sel dirosakkan dan disiram air kencing. Pokoknya memang terseksalah kehidupan dorang.”

Antara sebab kenapa pedofil tak selamat bila dihukum penjara adalah kerana kebanyakan banduan mempunyai anak atau pun dorang mempunyai pengalaman didera semasa kecil. So, disebabkan fobia dan trauma yang dorang alami, dorang tak boleh nak terima jenayah pedofilia ini.

Patut ke Richard Huckle dibunuh?

Dgsagdsgsddgs

Walaupun pembunuhan pedofil dikira sebagai “justice” dalam kalangan banduan, kes kematian Richard Huckle ini telah mendapat reaksi berbeza dari orang ramai.

Pengarah eksekutif Protect and Save the Children Malaysia, Mariza Abdulkadir yang bekerja rapat dengan komuniti tempat Richard beroperasi mengatakan yang beberapa penduduk merasa kecewa bila mendengar berita kematian penjenayah ini.

“Dorang rasa lega bila dia dihukum atas jenayahnya, tapi sekarang ia seolah-olah ‘terlepas’. Keadilan seperti tak berpihak kepada mangsa-mangsanya.”

Baru-baru ini, The Star ada membuat tinjauan di salah sebuah komuniti di Kuala Lumpur. Rata-ratanya, penduduk di sana tak mahu memberi komen tentang Richard.

Namun, seorang wanita yang tak mahu namanya disebut mengatakan yang dia lega mendengar berita kematian Richard.

Bagus. Saya lega dia dah mati.”

Seorang lagi wanita juga tak mahu namanya dikenali mengatakan yang dia terkejut bila baca tentang kematian Richard di surat khabar.

Apa yang saya boleh cakap? Kami dah lama tak dengar pasal dia. Dia bukan orang yang baik.”

So, apa pendapat korang? Patut ke Richard Huckle ni dibunuh atau dibiarkan mereput dalam penjara?

 

Baca: “Nak buka orphanage, dera diaorang” – Richard Huckel, Jadikan 23 Kanak-kanak Malaysia Mangsa Pedo Darkweb

Screenshot 2019 10 17 At 3.11.33 Pm