in

“Saya kena tolong kawan” – Sempat Buat Video TikTok Menyorok Dalam Boot Kereta Sebab Takut Kantoi Dengan Polis

Tiktok Seludup

Walaupun dah hari ke-20 kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan tapi malangnya, masih ada sesetengah masyarakat yang gagal untuk patuhi arahan semudah itu.

Stay at home!”

Berkali-kali kita diingatkan untuk duduk di rumah dan hanya keluar bila perlu itu pun hanya seorang saja dibenarkan keluar. Meskipun sekatan jalan raya dah dilakukan oleh pihak berkuasa nampaknya masih ada yang berani untuk buat ‘kerja gila’.

Tiktok1

Menurut WOB, sebuah video TikTok menunjukkan seorang gadis merakamkan bagaimana dia ‘berkorban’ demi untuk membantu rakannya. Dalam video tersebut, gadis itu menerangkan bahawa dia berada di dalam boot kereta untuk elak daripada dikesan oleh pihak berkuasa sementara rakannya memandu.

Tiktok2

Katanya, dia keluar untuk membantu rakannya sebab perlu membeli barang yang banyak. Jadi, dia sanggup ‘seludup’ diri sendiri dalam boot sampai ke destinasi dituju.

Sebab seorang je boleh keluar (rumah) tapi saya kena tolong kawan saya. Sebab dia kena beli barang banyak. Jadi, dia perlukan pertolongan.”

Tiktok4

Dekat hujung video, dia keluar dari boot ikut tempat duduk penumpang bahagian belakang. Siap merungut lagi dalam boot tu sempit dan panas.

Kita tengah keadaan macam ni, jangan buat main arahan kerajaan. Mudah je arahan tu, stay at home. 

Baca: “Orang cakap baik-baik kau melawan” – Netizen Puas Tengok Remaja Degil Langgar PKP Kena Tampar Dengan Polis

Annotation 2020 04 06 144822

Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah