Hari demi hari kes jadi semakin meningkat, dan kita dah masuk hari ke 20 lagi dah pun sebab PM extend Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggakan anggota tentera terpaksa turun padang untuk bantu polis, tapi masih lagi ada yang keras kepala.
Sampai ke tahap polis pun terpaksa menggunakan kekerasan sebab ingkar dengan arahan macam satu video yang viral ni.
Orang cakap baik-baik kau melawan
Remaja tersebut dikatakan biadap apabila pihak berkuasa dapat ‘tangkap’ remaja tersebut keluar dan ingkar arahan PKP.
Dalam video tersebut nampak seperti keadaan jadi tegang kerana remaja tu ‘menjawab’ dengan pihak polis. Dilihat polis dan juga tentera berkerumun di satu tempat, kedengaran seperti remaja tersebut sedang berkata sesuatu sehingga menimbulkan kemarahan polis sehingga polis terpaksa berindak kasar kepada remaja tersebut.
"Apa masalah kau?" Orang cakap baik2 kau melawan.. 😁
Kan dah dapat penampor tanpa henti. Sedap tak? Tu la degil sangat! 😆 pic.twitter.com/cgMv0E48KW— nanmanjoi🇲🇾 (@nanmanjoi11) April 4, 2020
Bagaimanapun ada yang mempertikaikan tindakan polis tersebut, dan ada juga yang menegur supaya tidak merakam supaya menjaga reputasi polis tersebut.
Tetapi ada yang menegaskan tindakan polis itu betul kerana ia terkandung dalam garis panduan peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.
Namun begitu ramai netizen yang puas hati tengok tindakan polis tersebut. Bagi mereka, ini sebagai tanda ‘sayang’ kepada rakyat dalam keadaan sebegini dan memuji tindakan pegai polis tersebut.
Pelempang kasih sayang – Netizen
Ye ah tu, nasib lah polis, kalau askang rasanya dah pengsan dah kot ya.