in

Alami Jangkitan Otak Sampai Hilang Ingatan, Netizen Kagum Kesetiaan Suami Ini Gigih Jaga Isteri

Kesetiaan Suami Jaga Isteri Sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita dengar mengenai kisah hilang ingatan yang melibatkan pasangan bercinta atau suami isteri ini hanya di drama mahupun filem bergenre romantik, namun rupanya kisah seperti ini benar-benar wujud di alam nyata.


Tular beberapa video TikTok berkenaan seorang lelaki, Asdina Arffin, 32, yang dilihat begitu setia menjaga dan menguruskan isterinya, Noor Syamimi Rohim, 33 yang hilang ingatan.

Artikel berkaitan: Isteri Dapat Elaun RM 1.39 Juta & Akses Penuh Kad Kredit Suami Setiap Kali Hamil

Artikel berkaitan: Netizen Puji Tindakan Janna Nick Tanya Suami Tentang Khutbah Jumaat Terakhir 2023

“Dia ingat hanya setakat 2018”

Menurut Asdina, difahamkan Syamimi mengalami jangkitan otak pada Jun 2022 hingga menyebabkan dia tidak mampu menguruskan diri sendiri serta hilang daya ingatan.

Kebanyakan memorinya pula hanyalah ingatan pada tahun 2018 dan Syamimi juga seakan lupa yang dia dan Asdina sudah berkahwin serta menganggap mereka masih lagi berkawan.

Menerusi satu video yang dikongsikannya, Asdina bersyukur walaupun Syamimi tidak ingat mereka sudah bernikah, isterinya itu masih lagi ingat akan tarikh lahirnya.

@asdinaarffin

Ini adalah salah satu cara untuk bagi daya ingatan syaimi pulih sedikit demi sedikit 😊 #fighter #wife #WAFT #motivasi #keepstrong #xybca #angel #bidadarisyurga #life #prayforsyamimi #keajaibanuntuksyamimi #husbandandwife

♬ Thiss Heartt Justt Missess (Cover) – MITI NADA

Tambah Asdina lagi, sebelum ini, Syamimi seorang wanita aktif dalam aktiviti sehariannya dan jarang sakit namun semuanya berubah setelah dia mengalami jangkitan otak.

Sejak dari itu, dia gigih menguruskan isterinya setiap hari dan sering berkongsi aktiviti seharian di laman TikTok.

“Isteri sudah menjalani dua pembedahan di kepala termasuk membuang cecair yang menyebabkan dia tak boleh berjalan tetapi tangannya boleh digerakkan dan ketika ini keadaan kesihatannya nampak ada perubahan.

“Cuma saya agak sedih dan terkilan kerana dia tak ingat saya sebagai suami tetapi dia tahu kami memang berkawan, nama penuh saya dan nama panggilan saya yang dia panggil iaitu ‘shuben’.

“Apabila saya cakap kami sudah berkahwin, dia cakap belum lagi dan perasaan itu memang sedih terutama ketika mula-mula dia tak ingat saya sebagai suaminya. Ketika itu hati belum betul-betul reda menerima ujian ini,” katanya.

@asdinaarffin

Bukan berniat minta simpati , tapi aku nak korang jadikan contoh kekuatan dan semangat SYAMIMI berjuang untuk kehidupan dia 🫡 #fighter #wife #WAFT #motivasi #keepstrong #xyzbca #angel #bidadarisyurga #life #host #dj

♬ suara asli – rasvibess – rasvibess

Asdina yang bekerja sebagai tukang rumah dan menetap di Taman Bertam Impian, Melaka berkata, dia mengutip semangat untuk kuat dalam menjaga isterinya itu kerana dia sangat menyayangi wanita itu dan sedar ia adalah tanggungjawabnya.

Malah sepanjang tempoh perkahwinan ketika Syamimi sihat, isterinya disifatkan sebagai seorang yang sangat mengutamakan keluarga, ceria dan bersamanya ketika susah dan senang.

Justeru itu katanya, dia tidak mempunyai sebab untuk meninggalkan wanita itu meskipun sedang diuji masalah kesihatan dan mengakui dia tak pernah berhenti berdoa agar isterinya kembali sembuh seperti sediakala.

Perkongsian daripada Asnida ini telah mendapat pujian daripada netizen yang mana rata-rata mendoakan semoga Syamimi beroleh kesihatannya kembali.

Suami Setia

Hebatnya cinta seorang suami kepada isterinya. 

Sumber: Harian Metro, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.