in

“Extra betul” – 5 Video Viral TikTok Tunjuk Telatah Kelakar Kanak-Kanak Semasa Graduasi

Collagefeat 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tiba musim graduasi macam sekarang ni, banyak betul gambar-gambar yang dikongsikan oleh para graduan di media sosial kan? Bukan tu je, bila ada majlis graduasi mesti ada je telatah yang terjadi sama ada yang dirancang atau tak dirancang yang buatkan kita ingat sampai bila-bila.

Tapi pada artikel kali ni, kita tak nak cerita pasal majlis graduasi untuk pelajar universiti tapi tentang majlis graduasi kanak-kanak. Macam yang korang tahu, kanak-kanak ni sangat unpredictable, jadi bila ada majlis-majlis formal macam ni, kita memang tak boleh nak jangka apa yang berlaku.


Jadi kalau korang nak terhibur dengan gelagat kanak-kanak ni, jom tengok video-video viral di TikTok yang menunjukkan gelagat kanak-kanak yang terlebih extra semasa majlis graduasi mereka.

Artikel berkaitan: Sanggup Berhenti Sekolah Demi Adik, Wanita Ini Melutut Depan Abang Ketika Majlis Graduasi

Artikel berkaitan: [VIDEO] Ayah Tak Tahan Sebak Ambilkan Skrol Arwah Anak Masa Hari Graduasi

1. Terlebih hype

Dalam satu video yang dikongsikan semula di TikTok oleh ESPN, korang boleh tengok telatah budak ni yang terlebih hype selepas namanya dipanggil untuk naik ke pentas.

Dapat dilihat kanak-kanak ini telah berjoget dari tempat duduknya sehingga ke pentas sebelum memberikan tundukan hormat beberapa kali kepada penonton. Haha macam terima anugerah pelakon terbaik pulak dia ya!

@espn

Little man was hyped to be graduating kindergarten 😂👏 @GetemNESH #graduation

♬ follow sncfx on tiktok – seán

2. Ayah terlebih bangga

Bila anak-anak berjaya dalam sesuatu perkara, dah tentulah ibu bapa kita akan turut berbangga dengan kejayaan anak mereka kan? Jadi bila dah bangga tu kita perlulah tunjuk.

Sama macam bapa dalam video TikTok viral ni. Dia telah hadir ke majlis graduasi anaknya dan tunjukkan sokongan yang terlebih padu sehingga memanjat pagar dan berjoget sakan. Aduiii, nasib tak jatuh je tu!

@darkskinkiraaa

Things I see in Atl #atlanta #proudparent #thepolicecameshortly #stockbridgehs

♬ SHAKE SUMN – DaBaby

3. Buat runaway sendiri

Kalau dah namanya seorang ibu, memang sanggup bergolok gadai untuk anak mereka macam dalam video viral ni.

Seorang ibu telah membawa kain sendiri untuk dijadikan tempat anaknya berjalan untuk pergi ke atas pentas, nampak betul gigih dia bila dia angkat kain tu lepas anak dia habis jalan.

https://www.tiktok.com/@lorpu_nakelee/video/7239835926568996139?referer_url=wror.com%2Flisticle%2F11-kids-on-tiktok-who-were-fabulously-extra-at-graduation%2F&refer=embed&embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&referer_video_id=7239835926568996139

4. Attention seeker

Biasanya majlis graduasi kanak-kanak ni akan disertakan sekali dengan persembahan yang telah disediakan oleh guru-guru tadika.

Tapi bila ada persembahan dari kanak-kanak, mesti akan ada punya sorang budak yang akan mencuri perhatian dengan buat benda yang terlebih over macam kanak-kanak dalam video dekat bawah ni!

@tashinij

#graduation #kidsoftiktok #dancing #dancingkid #fypシ

♬ original sound – Tashini Jones

5. “Jangan kacau aku”

Kanak-kanak ni memang banyak telatahnya, ada yang terlebih hyper dan ada juga yang terlebih cool.

Macam dalam video ni, seorang kanak-kanak dilihat control macho dan buat-buat tak kenal mak bapak dia yang hadir ke majlis graduasinya. Lepastu bila dipanggil, dia angkat tangan sikit je. Amboiiiii

@asya.not.asia

🤦🏾‍♀️ #fyp #viral #graduation

♬ original sound – Asya.not.Asia

Alahai, macam-macam gaya betul yang boleh dilihat masa graduasi kanak-kanak kan? Memang geli hati betul. Bukan je anak-anak buat perangai, kadang-kadang tu parents pun terlebih jugak.

Apa-apa pun, min nak ucapkan tahniah untuk semua pelajar-pelajar universiti yang telah dan sedang bergraduasi sekarang!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.