in

“Saya kagum!” – Aina Abdul Buka Mulut Lepas Asyik Dikaitkan Dengan Fesyen DSV Dalam MV Ku Ikhlaskan

Page Dsv Mv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada tak antara korang yang belum tengok lagi muzik video terbaru Dato’ Seri Vida (DSV), Ku Ikhlaskan tu? Hmm… Lemah! Sekarang dah 1.6 juta views tau…


Bagi sesiapa yang menonton muzik video tersebut sudah pasti akan tertarik dengan setiap pakaian yang dipakai oleh usahawan terkenal itu kerana fesyen yang dikenakan oleh DSV seakan-akan sama dengan penyanyi Aina Abdul.

“Tak ada istilah copycat”

Selepas sering dikaitkan dengan DSV, Aina Abdul akhirnya memberikan responnya tentang isu yang menjadi perbualan hangat di kalangan orang ramai ketika ini dengan menegaskan bahawa dia langsung tak merasakan bahawa fesyennya ditiru.

“Bagi saya tidak ada istilah meniru atau ‘copycat’. Masing-masing mendapat inspirasi daripada seseorang. Saya sendiri pun tampil dengan gaya yang diambil inspirasinya daripada orang lain.” – Ujar Aina

Menurut Kosmo!, Aina sebenarnya mengagumi semangat tinggi yang ditunjukkan usahawan berusia 51 tahun itu kerana berani untuk mencuba benda baru.

Bukan itu saja, Aina turut akui bahawa sehingga ke hari ini masih ramai lagi netizen yang ‘mengusik’ dirinya dengan DSV di bahagian komen Instagramnya setiap kali dia mengenakan fesyen mengikut citarasa sendiri.

Komen Full 8

Amboiiii! Biasaaa korang ni… Tak apa lah, apa-apa pun diorang berdua ada cara penggayaan fesyen masing-masing. Kita enjoy je okay?

Baca: Kata Buat MV Untuk Kumpul Dana Tahfiz, Shahrulezad Mohon DSV Jangan Tunggang Agama

Untitled 2 15

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.