“Saya hampir pengsan!”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Saya hampir pengsan!”

&nbsp
 
00:00 /
 
1X

Mana-mana ibu dalam dunia ni pun mesti akan panik kalau tengok anak yang disayangi dalam keadaan cedera parah atau berdarah teruk. Mana taknya buka-buka mata je tengok muka anak kat sebelah penuh dengan darah macam baru kena pukul!

Tapi korang jangan lah panik lagi sebab si ibu ni rupa-rupanya kena prank dengan anak sendiri. Alamak! Menerusi perkongsian pengguna Facebook bernama Wella Wewel dari Filipina, dia telah ceritakan detik-detik ‘cemas’ tu bila terlihat keadaan muka anaknya yang berlumuran dengan so called darah! Ish, ish, ish! 

“Ketika kejadian tu berlaku, kami (Wella dan anaknya) nak tidur petang sekejap sebelum anak perempuan saya buka laci yang penuh dengan alat solek dan keluarkan barang-barang tu semua.

“Saya terus pegang dia dan ambil barang-barang yang dikeluarkan untuk disimpan semula dalam laci, dan kemudian kami masuk tidur. 

“Saya beri dia minum susu dan dia menunjukkan tanda-tanda mengantuk. Saya pun dalam keadaan pening tertidur selama 15 minit,” kata Wella.

Sumber: Facebook

Namun dia sangat terkejut lepas terjaga dari lena yang singkat tu. Muka anaknya tetiba berlumuran darah!

“Alangkah terkejutnya saya apabila melihat wajahnya penuh dengan kesan merah (saya ingat tu darah). Saya hampir pengsan dan dapat serangan jantung, namun saya cepat-cepat buka lampu (bilik saya pakai lampu malap) dan saya tengok lipstick warna merah menyala ada ditepinya dan kesan merah tadi rupanya lipstick je!” luah Wella.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Aduh kalau admin pun mati keras tengok anak berlumuran darah macam tu kan. Pandai sungguh anak Wella main ‘prank’ dengan dia ye!

“Mujurlah Tuhan, ia lipstick je! Saya tak tahulah dia sengaja nak prank saya atau apa. Dia baru je berusia setahun dan saya tak tahu apa saya nak buat kalau benda buruk macam tu betul-betul berlaku kat cahaya mata yang disayangi ni,” tambah Wella lagi.

Posting ini telah mendapat perhatian netizen dengan 75k likes dan 20k shares tauu! Apa-apapun nasihat buat si ibu, simpanlah alat mekap jauh-jauh dari anak ye. Takut jadi tragedi macam ni lagi. Haihh mau sakit jantung ibu-ibu sedunia dibuatnya!

Nakal eh anak-anak sekarang buat prank kat emak sendiri. Hiks! 

Baca: Pahit Manis Mengasuh Anak Autisme Dari Kaca Mata Zarina Zainuddin 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!