in

“Saya hampir give up” – Wanita Ini Kongsi Bagaimana Moisturiser Bantu Sembuh Barah Payu Dara

Kanserpayudara

Setelah 5 bulan sakit abdomen, tak datang period dan alahan pada makanan berkanji, ibu tunggal 27 tahun Hollie Drynan akhirnya dapat tahu yang dia menghidap barah payu dara.

6 bulan menjalani kemoterapi, Drynan akhirnya sembuh sepenuhnya. Menurut Dailymail Online, Drynan menjelaskan ini semua kerana moisturiser yang dia pakai membuatkan dia ‘terselamat’ daripada kesengsaraan penyakit barah ini.

 

Sakit perut,4 kali check up dengan doktor kata tak apa-apa

15369146 7191723 Image A 8 1561712267440

Ketika dia diserang sakit abdomen dulu, dia dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena sebab banyak kali mengalami kekejangan pada perut, bila disemak, doktor kata tak ada apa-apa.

“Saya buat pemeriksaan dengan doktor empat kali pasal kesakitan kat perut saya ni, masa kali pertama mereka kata saya datang bulan”

“Kali kedua saya kena cuba diet bebas kanji, dan kali ketika yang saya ada masalah usus. Biarpun doktor kata tak apa-apa, saya rasa tak sedap hati. Pernah sekali saya hubungi ambulan mereka kata cuma period pain je:

“Saya dah hampir putus asa dengan rasa sakit saya sebab ia berlarutan sampai 5 bulan dan kesakitan yang saya alami  ni masih tak ada jawapannya”

 

Cuba urut menggunakan minyak moisturiser 

15369150 7191723 Image A 1 1561712238978

Disebabkan rasa sakit tu terus menyerang dia, Drynan pun cubalah cari sesuatu untuk melegakan rasa sakit, dia capai satu jenis minyak untuk urut perut dia.

“Masa minyak kat tangan saya tu ada baki lagi, saya urutlah dada saya dan terkejut ada benda keras dalam payu dara kiri saya.”

“Rasa keras tu sampai ketulang rusuk and saya cuba picit-picit menggunakan jari saya. Saya buat temujanji dengan doktor and terus dialihkan ke unit bahagian payu dara”

 

Sah! Hadapi barah payudara

15369170 7191723 Image M 19 1561712530417

Kawan Drynan kata mungkin itu hanyalah cyst dan boleh dibuang macam tu je, masa dia sakit perut. Disebabkan dia rasa lain macam dengan keadaannya, nalurinya mengatakan memang ada yang ‘tak kena’. Tapi bila dah diperiksa sah dia didapati menghidap barah payu dara.

“Doktor kata ada tumor, mereka minta masa 2 minggu untuk kenalpasti samada itu kanser atau tidak tapi saya dah dapat rasakan memang itu kanser”

Selepas dia menjalani biopsi, barulah dia disahkan menghidapai barah payu dara.

Untuk pengetahuan, sumber mengatakan bahawa sakit abdomen bukan satu simptom yang common bagi pesakit kanser tapi bila individu tu dah mengalaminya bermakna ia dah terus dan merebak sampai ke hati.

 

Terpaksa jalani kemoterapi, dibuang dan ‘bina semula’ guna lemak

15369148 7191723 Image M 7 1561712263633

Selain kemoterapi, Drynan terpaksa menjalani beberapa terapi lain. Disebabkan itu, rambut dia banyak gugur.

“Saya seorang pendandan rambut dan suka dengan penampilan rambut saya, tapi saya terpaksa harunginya”

Dia juga mempunyai lima kelenjar getah (bengkak yang timbul macam satu ketumbuhan) yang telah dikeluarkan apabila ujian menunjukkan sel-sel kanser tersebar.

15369526 7191723 Image A 30 1561712839317

Selepas rawatan, bahagian payudara Drynan yang terkena kanser itu ‘dibina semula’ menggunakan lemak dalam badannya.

“Payudara kanan saya juga kemungkinan bakal dibuang kerana saya ada 80 peratus untuk menghidapi kanser lagi”

Biarpun dia menhidapi satu cabaran terbesar yang ditakuti oleh golongan wanita dia tetap cekal. Hmm, kalau tak kerana moisturiser yang di gunakan untuk urut tu, sampai bila-bila lah doktor kata sakit perut dia tu biasa je. 

 

Baca : “Boleh dapat cancer” – Bahana ‘Breast Filling’, Payudara Wanita Ini Bernanah, Terpaksa Dibuang, & Dah Tak Boleh Mengandung!

Breastfilling