in

“Boleh dapat cancer” – Bahana ‘Breast Filling’, Payudara Wanita Ini Bernanah, Terpaksa Dibuang, & Dah Tak Boleh Mengandung!

Breastfilling

Fikir 10 kali kalau kita nak membuat sesuatu perkara, lebih-lebih lagi jika ia mengenai kepuasan pada diri kita. Jangan terlalu mudah percaya dengan ‘jalan pintas’ untuk jadi lawa.

Bukanlah mahu menjatuhkan perniagaan seseorang tapi, apa yang terjadi pada pesakit Khairul Yoi ini sudah cukup untuk menyedarkan kita semua, terutamanya golongan wanita.

Atas dasar nafsu untuk memiliki payudara menawan, pesakit ini telah menerima padah dan merana seumur hidup.

 

Buat dengan beautician yang tak bertauliah, dekat hotel, barang letak dalam luggage. “

49914691 752559585112957 5204816268951027712 N

49821235 752559605112955 4555002388674510848 N

Menurut Khairul, pesakit ini pada mulanya nak ikut kawan sahaja, mereka buat ‘rawatan’ tersebut dengan cara mudah dan cara yang tak proper.

Hanya buat temu janji di hotel, peralatan bedah hanya di letakkan dalam bagasi. Selesai ‘urusan’, macam-macam perkara terjadi kepadanya. Payudara jadi bernanah, demam-demam.

Sakit makin melarat dan akhirnya buah dadanya rosak dan terpaksa dibuang. Difahamkan kawan pesakitnya juga turut terkena perkara yang sama. Aduhai

“Filler

Breast Filler Gone Wrong

Hangpa ni kan. Macam ni la. Masa cantik jelita sedap la cakap aku pelingkup bisnes melayu. Dah barai semua baru cari aku. Masa ni menyesai tak guna dah. Dah terlambat

Ni kes salah sorang mangsa breast filler. Asalnya cuma terikut2 member, ntah apa yang ada dengan breast besaq pon aku taktau la. Buat dengan beautician yang tak bertauliah, dekat hotel, barang letak dalam luggage. Seriously dia boleh terpikiaq nak serah aset dia kat orang yang macam tu?

Dipendekkan cerita, breast jadi bernanah. Bila bagitau kat beautician tersebut, beautician tu pulak yang nak saman dia. Aku dah kata, tahun ni tahun babi. Memang kalau orang perangai babi ni tahun ni tahun dia menyerlah sikit. Akhirnya doc cakap breast tu mungkin terpaksa dibuang. Dari ada dua gunung yang indah walaupun kecik, pi repair bagi besaq, rosak, tinggai lah gunung gondoi. Menyesai pon tak boleh bagi balik dah dua ketui gunung tu.

Biaq lah kecik pun. Asal boleh kenyang bagi anak ngan pak menyusu. Jangan la hangpa maki hamun dia, dia pun dah menyesai dah. Dia dah cukup sedih dah. Cukup lah bagi nasihat untuk dia teruskan hidup.

Tolongla lepaih ni kalau hangpa nak buat filler mancungkan hidung ka dagu ka dahi ka kepala lutut ka, tak payah la. Fill otak dulu dengan ilmu. Kena infection tak pasai2 ja.”

Sepanjang waktu pesakit ini menderita kesakitan dia ada bertanyakan hal ini kepada pengasas produk yang membuat ‘urusan’ tersebut.

Dia seolah-olah cuba untuk selindung salahnya. Disini ada perbualannya, siap nak saman lagi!

 

Mula bernanah

Breastfiller2 1

Breastfiller13

Breastfiller1 1

Breastfiller5

Breastfiller14

Breastfiller9Breastfiller3 1 Breastfiller4

Breastfiller12

Breastfiller15

 

Lepas tangan, nak failkan saman

Breastfiller6

Breastfiller7

Breastfiller11

Breastfiller8

Breastfiller10

Breastfiller16

Hmm, macam admin katakan tadi, ambil cerita ini sebagai ikhtibar, fikir kesannya pada masa akan datang. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

 

Baca : Wanita Hilang Puting Payudara Selepas Buat Pembedahan Plastik Dengan Doktor Gigi

Page Gg