in

“Saya ditawar RM1.5 juta untuk mengaku bunuh Kevin Morais” – Tertuduh Terakhir

Kv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tawarkan duit sampai berjuta-juta ni?


Bulan lepas, tertuduh ketujuh yang juga saksi pembelaan terakhir kes bunuh Kevin Morais mengejutkan mahkamah bila tiba-tiba tak nak bagi kenyataan sebab dia tak cukup tidur dan tak boleh berfikir dengan baik.

Waktu tu kes ditangguhkan dan disambung semula semalam. Menurut The Malay Mail, tertuduh ketujuh S. Ravi Chandaran mengaku di mahkamah yang dia ditawarkan sejumlah besar wang untuk mengaku membunuh Kevin Morais.

Saya ditawarkan RM1.5 juta jika saya mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.” 

Q4 1
sumber: blog

Ravi mendakwa bahawa wang berkenaan ditawarkan kepadanya pada 25 Disember 2017 oleh seorang pakar patologi tentera Kolonel Dr. R. Kunaseegaran yang merupakan tertuduh pertama dalam kes tu.

“Dr. Kunaseegaran beritahu yang beliau akan berikan wang RM1.5 juta. Kos sara hidup keluarga saya juga akan ditanggung oleh beliau,” kata Ravi ketika pemeriksaan utama peguam V. Rajehgopal pada prosiding membela diri hari ke-21 di Kuala Lumpur.

Q3 4 1
sumber: blog

Tertuduh juga menceritakan Dr. Kunaseegaran memberitahu bahawa beliau akan melantik peguam lain untuk mewakilinya di Mahkamah Rayuan. Sebelum ni Ravi ada bertanya mengapa dia kena mengaku bersalah dan terima pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tu sedangkan dia tak terlibat.

“Dr Kunaseegaran beritahu dia tidak ada cara lain selain saya dan katanya ‘disebabkan kamu tidak terlibat, kamu perlu mengaku salah dan kamu boleh keluar daripada kes ini’,” cerita Ravi lagi.

Q6
sumber: blog

R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath; S. Nimalan, Ravi Chandaran dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung pada 30 Ogos nanti.

Semoga kes akan dapat diselesaikan tak lama lagi.

Baca: Tertuduh Terakhir Kes Kevin Morais Tiba-tiba Tak Nak Bagi Kenyataan

Add

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.