in

Tertuduh Terakhir Kes Kevin Morais Tiba-tiba Tak Nak Bagi Kenyataan

Kevin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kes pembunuhan Kevin Morais kembali jadi perhatian lepas tertuduh keenam mendedahkan bahawa dia dan lima lagi tertuduh diugut pegawai penjara supaya mengaku bunuh mendiang. Lepas tu katanya peguam pun ada suruh dorang mengaku buat benda yang sama.


Perbicaraan diteruskan dan hampir sampai ke penamat bila tiba masa tertuduh ketujuh yang juga saksi pembelaan terakhir berikan keterangan semalam. Tapi menurut WORLD OF BUZZ, perbicaraan tu ditangguhkan pulak sebab tertuduh tiba-tiba tak nak bagi kenyataan. Aik dah kenapa pulak? 

Adib Rawi Kevin Morais Case 009
sumber: the sun daily

Tertuduh ketujuh S. Ravi Chandaran mengejutkan mahkamah bila dia tak mahu beri kenyataan lepas angkat sumpah di kandang saksi.

“Saya tak boleh berikan kenyataan sebab saya rasa saya tak boleh berfikir dengan baik. Saya tak cukup tidur dan tak diberikan hidangan makan malam semalam. Lepas kembali dari mahkamah kelmarin, saya ditempatkan dalam satu bilik dengan lima orang warga asing. Mereka bercakap sepanjang malam jadi saya tak boleh tidur.”

“Sebelum ni saya duduk dalam sel yang sama dengan tertuduh lain kes ni. Dan kebiasaannya saya diberikan makanan sekembalinya dari mahkamah.”

Anthony Kevin Morais.transformed 2
sumber: wob

Hakim Datuk Azman Abdullah kemudian memanggil staf dari Penjara Sungai Buloh untuk mengesahkan keterangan tersebut namun tiada seorang pun dari penjara hadir di mahkamah.

“Saya tak boleh nak kata apa-apa sebab ini bukan di bawah bidang kuasa saya. Mungkin dia ditempatkan berasingan kerana ada keluarkan kenyataan bahawa nyawanya dalam bahaya sebelum ni,” kata Azman.

20150928 Morais Suspects 03 768X511 1
sumber: wob

Disebabkan Ravi enggan beri keterangan, perbicaraan kes ni masih belum selesai dan ditangguhkan lagi sekali.

Semoga kes dapat diselesaikan dengan segera.

Baca: Tertuduh Diugut Mengaku Bunuh Kevin Morais?

Akdaks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.