in

“Saya cuma simpan sekeping gambar mama… untuk tatap setiap hari lepaskan rindu.”

Page3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam sesebuah keluarga. Pengorbanan dan kasih sayang yang mereka curahkan dalam membesarkan anak-anak dan memberikan didikan sempurna tiada bandingannya.


Namun begitu, anak kecil dari Alor Gajah ini tidak sempat merasai semua itu kerana telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak berusia lima tahun lagi.

Adam1
sumber: harian metro

Walaupun begitu, kanak-kanak yang dikenali sebagai Putra Adam Noramzar Syahrizal yang kini berusia 9 tahun tidak pernah lupa untuk menziarahi pusara arwah ibunya yang bertempat di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang sejak empat tahun lalu untuk melepaskan rindu, lapor Harian Metro.

Adam4 2
sumber: dunia itu

Adam pernah mendapat liputan meluas media dan menjadi perhatian orang ramai beberapa tahun lepas kerana menziarahi pusara ibunya setiap hari menjelang senja. Ibu kanak-kanak itu difahamkan telah meninggal dunia pada Januari 2013 di usia 32 tahun akibat jangkitan kuman dalam paru-paru, manakala bapanya pula meninggal dunia pada 2009 sewaktu berusia 29 tahun. Aduhai… kesiannya! 

Adam5 1
sumber: dunia itu

Pun begitu, Adam yang kini tinggal bersama neneknya, Kamariah Haroon, sudah berubah dan hanya ke tanah perkuburan pada setiap petang Khamis dan Jumaat selepas tamat kelas membaca Al-Quran semenjak memulakan persekolahan.

“Jika dulu saya ke pusara arwah mama setiap hari tanpa mengira waktu kerana rindu hendak berborak dengan mama. Walaupun tahu tiada sahutan daripada mama, namun saya tetap meluahkan apa sahaja padanya.”

Adam2
sumber: berita harian

Adam yang terdiam seketika sebelum tersenyum jika ditanya mengenai ibunya, kini mula mengerti akan pemergian wanita yang amat disayangi itu dan mengehadkan masa menziarahi pusara pada hari tertentu sahaja selepas dinasihatkan orang ramai.

“Saya cuma simpan sekeping gambar mama, hanya itu yang ada untuk saya tatap setiap hari untuk lepaskan rindu. Nenek sentiasa ingatkan saya supaya hadiahkan arwah mama dengan doa dan surah.”

Adam7
sumber: dunia itu

Kamariah turut menceritakan bahawa setiap kali ke tanah perkuburan, Adam akan ‘berborak’ dengan arwah ibunya sambil memegang, mengusap dan memeluk batu nisan sebagai cara meluahkan rasa kasihnya.

“Saya tahu dia rindu perhatian dan manja yang dicurahkan arwah,” kata Kamariah.

Adam6 1
sumber: dunia itu

Demi masa depan kanak-kanak tersebut, Kamariah sentiasa menyimpan wang yang disedekahkan oleh keluarga angkat Adam dan orang ramai ke dalam satu akaun bank khas dan membuka akaun Tabung Haji kepada Adam. Itulah yang terbaik buat anak ini…

Semoga Adam tabah menghadapi dugaan pemergian kedua ibu bapa dan tidak lupa bahawa ramai yang menyayangi di sekelilingnya. Al-Fatihah buat ibu dan bapa Adam. 

Baca: Demi Anak… Sebak Baca Kisah Mengapa Pasangan Ini Buat Persembahan Makan Rumput

Anak 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.