“Saya betul-betul minta maaf” – Iqbal Belikan Hadiah Buat Rossa Tanda Mohon Maaf Cetus Kontroversi

Beberapa minggu lalu, kecoh di media sosial isu usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli yang dikatakan ingin mengenali lebih rapat penyanyi negara seberang, Datuk Seri Rossa.
Walau bagaimanapun, Rossa menerusi satu temubual mengatakan dia tidak mengenali siapa Iqbal dan hanya bertemu sekali saja dengan lelaki itu semasa satu sesi pelancaran filem baru-baru ini.

Iqbal mohon maaf cetuskan gosip
Tidak mahu isu itu menjadi makin panjang, Iqbal menerusi Instagram telah membuat permohonan maaf kepada Rossa kerana telah mencetuskan kontroversi tersebut hingga nama mereka sering disebut-sebut media sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, dia juga risau jika diva dari Indonesia itu kurang selesa dengan apa yang berlaku dan bakal memberi hadiah khas tanda permohonan maaf tersebut.
Dari dulu saya meminati dan dengar lagu-lagu Rossa, saya takut beliau tidak selesa apabila berjumpa dengan saya nanti.
“Sebetulnya, saya ada niat yang lebih serius iaitu untuk mengambil Rossa sebagai duta produk saya, minyak wangi yang dibuat di Perancis. Itu menjadi keutamaan saya di masa hadapan.
“Saya sedar diri saya yang hanya seorang peminat, tidak lebih dari itu,” katanya menerusi video itu.

Iqbal juga mengakui telah membeli satu hadiah yang istimewa buat penyanyi tersebut dan mahu Rossa memakainya.
“Saya telah menghantar hadiah yang agak istimewa kepada Rossa, anggaplah itu sebagai permohonan maaf.
“Saya sangat berharap Rossa menerima hadiah yang saya belikan, cantik dan sesuai untuk Rossa. Saya mahu lihat Rossa pakai apa yang telah saya belikan itu,” katanya lagi.
Buat masa ini, Iqbal masih lagi berada di Indonesia atas urusan kerja dan dia memaklumkan bakal berada di sana dalam tempoh yang panjang di samping mencari ketenangan di luar Malaysia.
Harap tak adalah lagi kontroversi lain yang melibatkan Iqbal sepanjang dia di Indonesia ye.
Baca: “Siapa dia” – Rossa Terpinga-pinga Bila Disoal Mengenai Iqbal Zulkefli




