in

“Siapa dia” – Rossa Terpinga-pinga Bila Disoal Mengenai Iqbal Zulkefli

Ft Rossa Tak Kenal Iqbal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Atas Nama Cinta, Datuk Rossa bingung apabila ditanya mengenai Iqbal Zulkefli.


Seperti yang sedia maklum, bekas pembantu Dato’ Seri Vida itu pernah mengeluarkan kenyataan ingin mendekati Rossa, oleh itu, Rossa menjawab bahawa dia sebetulnya tidak mengenali Iqbal biarpun dia ada bersua ketika majlis tayangan filem Love Knots di Jakarta, Indonesia.

Siapa ya? Maaf, saya tidak perasan sebab ramai yang datang bergambar dan sekejap sahaja. Saya terlupa.”

Bagaimanapun, Kosmo! melaporkan bahawa Rossa ada mengatakan bahawa memang ada orang Malaysia ajaknya bergambar, tetapi mereka tidak berbual selepas ambil gambar bersama.

Iqbal Rossa

Apapun, penyanyi lagu Pudar itu mengakui bahawa dia tidak keberatan andainya sesiapa mahu mendekatinya atas ikatan persahabatan.

“Kalau berkenalan untuk berkawan, tak mengapa. Kalau teman-teman media mahu carikan jodoh untuk saya, boleh sahaja tapi tak mahu gosip,” seloroh Rossa semasa ditemubual secara maya bagi mempromosikan lagu baharunya Terlalu Berharap.

 

Benar, saya mahu mengenali, tak semestinya kahwin terus – Iqbal

Selepas berita ini dilaporkan, Iqbal ada memberikan komen menerusi Instagram mStar Online untuk tampil memberikan penjelasan.

Katanya, tidak semestinya ingin mendekati Rossa itu menunjukkan bahawa dia ingin berkahwin dengannya.

“Berkawan mungkin, atau kerjasama apa yang boleh”

Screenshot 20211213 160425 Instagram

Katanya lagi, dia lega bahawa Datuk Rossa mengingatinya kerana hanya dia individu dari Malaysia pada waktu itu. Tambahnya, dia tahu untuk menjaga privasi dan kehormatan seseorang

 

Baca : “Mohon doa dan kata-kata yang baik” – Rossa Orang Pertama Iqbal Jumpa Sebaik Tiba Di Indonesia

Page Iqbal

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.