in

“Saya berjanji akan menuntut keadilan” – Bro Saddiq Kongsikan Pengalaman Diserang Penyokong Indonesia

Brosaddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga merupakan salah seorang penonton yang hadir untuk menyaksikan Kelayakan Piala Dunia di Stadium Gelora Bung Karno.


Berhubung dengan insiden penyokong tuan rumah bersikap agresif terhadap penyokong Malaysia, Syed Saddiq akan menghantar perutusan rasmi kepada kerajaan Indonesia.

 

Terdapat juga beberapa penyokong Indonesia juga cuba merempuh kawasan Malaysia dan perlawanan terpaksa dihentikan seketika.”

 

Syed Saddiq berkata, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga akan membuat aduan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung kejadian berkenaan.

“Saya juga akan membuat laporan rasmi kepada kerajaan Indonesia dan rakan sejawatan saya di sana. Gangsterism tidak akan ditolak ansur dalam apa jua cara,”

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, keselamatan pemain dan penyokong Malaysia keutamaan beliau yang masih lagi bersama-sama mereka sementara menanti keadaan di luar stadium.

“Kejadian ini amat menyedihkan buat industri sukan bola sepak yang sepatutnya menjadi medium penyatuan. Saya berjanji akan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia.”

Menerusi Berita Harian, penyerang skuad Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada penghujung permainan bagi memastikan Malaysia meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Indonesia 3-2.

Skuad negara kali terakhir ‘menawan’ Gelora Bung Karno pada 2004 menerusi kemenangan 2-1.

 

Baca : “Sok bijak lu anjing, pergi pindah lu ke Malaysia” – Gadis Indo ‘Back-up’ Malaysia Dikecam Penyokong Garuda

Anjing 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.