in

“Satu momen paling menakutkan…” – Maryam Kongsi Keadaan Terkini Rian Selepas J*tuh Katil

Syaz Ft 2026 06 03T164138.023

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas mencetuskan kebimbangan ramai ekoran insiden anaknya, Rian, terjatuh dari katil, personaliti media sosial, Maryam You Narae akhirnya berkongsi perkembangan terkini kesihatan anaknya itu.

Maryam meluahkan rasa syukur selepas tempoh pemantauan kritikal selama 48 jam di hospital telah pun berakhir tanpa sebarang simptom bahaya.


Artikel berkaitan: “Sakitnya melihat isteri jerit” – Anak Kedua Ryzal & Maryam J*tuh Katil Sampai Tak Sedar Diri

Artikel berkaitan: “Appa Rina contoh terbaik” –  Nasihat Anak Jangan Ukur Kecantikan Dengan Warna Kulit, Ryzal Ibrahim Dipuji Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

“Assalamualaikum. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengambil berat tentang Rian.

Ramai di antara anda yang berasa bimbang selepas melihat video dan artikel berita tersebut. Sebagai seorang ibu, ia adalah salah satu momen paling menakutkan yang pernah saya lalui,” tulisnya.

Menurut Maryam, dia dan suami segera membawa Rian ke hospital sejurus selepas kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

“Kami membawa Rian ke hospital serta-merta selepas insiden tersebut. Selepas memeriksanya, doktor menasihatkan kami untuk memantaunya dengan rapi selama kira-kira 48 jam sebagai langkah berjaga-jaga. Alhamdulillah, tempoh pemantauan selama 48 jam itu kini telah berlalu, dan Rian berada dalam keadaan baik,” tulisnya.

Rian kini dilaporkan sudah kembali aktif, ceria, dan bermain seperti biasa. Menurut Maryam, anaknya itu menunjukkan perkembangan positif apabila selera makan dan tidurnya kembali normal, selain sudah boleh tersenyum, mengenali ahli keluarga, serta berkelakuan seperti sedia kala.

Sepanjang tempoh pemantauan 48 jam tersebut, tiada sebarang gejala luar biasa yang dikesan sekali gus membuatkan mereka sekeluarga berasa sangat bersyukur.

Maryam turut menganggap insiden ini sebagai pengajaran besar untuk lebih berwaspada pada masa hadapan.

“Pengalaman ini mengingatkan saya betapa cepatnya kemalangan yang tidak dijangka boleh berlaku, walaupun kita telah cuba melakukan yang terbaik sebagai ibu bapa.

Ia juga mendorong kami untuk menjadi lebih peka tentang keselamatan pada masa hadapan,” tulisnya lagi.

Di akhir perkongsian, Maryam berterima kasih atas doa orang ramai dan meminta peminat untuk tidak lagi bimbang kerana Rian kini berada dalam keadaan sihat dan bahagia.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.