Pempengaruh Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam You Narae berkongsi detik cemas apabila anak kedua mereka terjatuh dari katil.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di platform Threads, Ryzal berkongsi bahawa pada awalnya, anaknya itu menangis dengan sangat kuat sejurus selepas terjatuh. Bagaimanapun, keadaan menjadi semakin panik apabila mangsa tiba-tiba diam dan menutup mata seolah-olah sedang tidur.
Bimbang melihat keadaan anak mereka yang tidak memberikan sebarang respon, Ryzal dan isterinya, Maryam Younarae, terus bergegas membawa Rian ke bahagian kecemasan hospital (Emergency) untuk mendapatkan rawatan segera.
Artikel berkaitan: “Sampai tersedak” – Gelagat Rina & Maryam Nyanyi Lagu Melayu Buat Orang Ramai Geli Hati
Artikel berkaitan: “Sebab saya tidak lagi berbasikal. Penunggang tetap salah.” – Ryzal Ibrahim Ulas Video Geng Basikal Bertengkar Dengan Pemandu Bas
View on Threads
Sepanjang perjalanan ke hospital, pasangan ini berusaha keras untuk memastikan anak mereka tidak terus terlena. Walau bagaimanapun, keadaan Rian pada waktu itu dilaporkan sangat membimbangkan kerana badannya langsung tidak bertindak balas.
“Saya dan Maryam berusaha tak nak bagi Rian lelap sepanjang jalan ke Emergency tapi badan dia langsung tiada respon, matanya tertutup walaupun Maryam jerit nama dia sekuat-kuatnya!” tulis Ryzal mengimbas kembali detik cemas itu.
Mohon Doa Agar Anak Kembali Sedar
Sebagai ibu bapa, melihat anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang tiba-kira berada dalam keadaan kaku pastinya menjadi satu perkara yang amat meruntuhkan jiwa. Ryzal turut mengakui dia kehilangan kata-kata apabila melihat situasi yang menimpa isteri dan anaknya pada ketika itu.
Dalam pada itu, Ryzal memohon orang ramai agar dapat mendoakan kesembuhan anak mereka dan berharap agar diberikan keajaiban untuk melihat Rian kembali sedar seperti sedia kala.
Sumber: Threads
