in

“Sapa pernah kena kejar je tahu” – Budak Lelaki Ini Kena Serang Anjing Liar Tapi Sekolah Dipersalahkan

Feature Image Anjeng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sapa ada pengalaman pernah kena kejar dengan anjing liar secara tiba-tiba? Mesti nervous gila kan?


Baru-baru ni tular di laman Twitter mengenai seorang murid sekolah yang secara tiba-tiba di kejar dan di serang oleh sekumpulan anjing liar.

Kejadian yang menimpa budak lelaki itu adalah pada hari jumaat yang lalu 15 November 2019 pada jam 2:15 petang di kawasan luar sekolah.

Video itu menunjukkan budak lelaki tersebut pada ketika itu berada jauh daripada kumpulan anjing liar tersebut dan secara tiba-tiba dikejar sebelum dicederakan.

Dia yang kelihatan berlari ke arah pintu pagar yang berdekatan, namun gagal membukanya kerena dipercayai terkunci dan anjing liar tersebut terus menyerangnya.

Bksn 3
Sumber: twitter

Keadaan menjadi reda apabila kelihatan beberapa orang dewasa yang datang bagi menghalau anjing liar tersebut disebabkan mungkin terdengar kekecohan yang berlaku.

Org Beso
Sumber: twitter

Mana yang lain sewaktu kejadian??

Namun begitu, kejadian serangan anjing liar yang menyerang budak sekolah ini telah tular dan ada individu yang menuding jari ke pihak sekolah kerana tidak peka dengan keselamatan murid sekolah.

Tapi persoalan itu dijawab oleh wakil daripada sekolah tersebut yang mana kejadian tersebut berlaku pada 3 minit sebelum guru sampai ke tempat itu dan ia sangat pantas.

Menurutnya lagi, sebelum ini pernah juga berlaku kejadian guru dan murid sekolah yang dikejar oleh anjing liar, namun mereka sempat melarikan diri ke tempat yang lebih selamat.

Tambahnya lagi, murid sekolah itu kini berada di hospital bagi mendapat rawatan.

Husih, kalau dah satu gang macam tu kejar, admin pun takut. Kalau sekor mybe berani lagi lah nak halau.

 

Baca: “Dah macam Incredible Hulk” – Tak Tahu Sebab Apa, Anjing Diwarnakan Hijau Oleh Manusia Tak Bertanggungjawab di Subang!

Anjing Hijau 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.