in

“Meronta-ronta mungkin menahan sakit melampau” – Ibu Mangsa Serangan Anjing Liar Kongsi Haira Sudah Sedarkan Diri

Ft Kanak Kanak Diserang Anjing Liar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada kanak-kanak umur 2 tahun yang diserang oleh 5 ekor anjing liar di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat pada Sabtu lalu meluahkan rasa syukur setelah Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi kini sudah mulai sedar.

Nur Wahyuni Harun, 36, berkata, keadaan anaknya kini menunjukkan perkembangan positif selepas menerima rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami dalam kejadian tersebut.


Artikel berkaitan : Penunggang Motosikal Koma Seminggu Selepas Dikejar Anjing Liar Mungkin Alami Kecederaan Otak Kekal

Artikel berkaitan : Warga Emas Jadi Suspek Utama Kematian Anjing Liar Telah Ditahan Polis

“Alhamdulillah, Haira sudah sedar”

Screenshot 2026 09 08 161425

Biarpun sudah sedarkan diri, Wahyuni berkata, Haira masih memerlukan pemantauan rapi dan rawatan lanjut daripada pihak hospital.

Jelasnya, seluruh keluarga amat bersyukur dengan perkembangan itu selepas melalui detik yang mencemaskan sejak hari kejadian.

“Alhamdulillah, Nur Haira sudah sedarkan diri. Kami sekeluarga amat bersyukur dengan perkembangan ini dan berharap keadaannya akan terus bertambah baik.”

“Namun begitu, perjalanan untuk pulih masih panjang dan kami menyerahkan segala-galanya kepada ALLAH SWT.”

Sehubungan itu, Wajyuni memohon kepada orang ramai untuk terus mendoakan kesihatan anaknya itu supaya diberikan kekuaran untuk melawan kesakitan serta dipermudahkan urusan rawatan dan proses pemulihan.

Screenshot 2026 09 08 161554

“Kami mohon semua mendoakan Nur Haira agar terus kuat melawan kesakitan dan kembali sihat seperti sediakala. Doakan juga urusan rawatan serta proses pemulihannya dipermudahkan.”

Sebelum ini, Nur Haira telah diserang oleh 5 ekor anjing liar semasa berada di luar rumah neneknya di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat.

Serangan tersebut telah mengakibatkan kanak-kanak yang berusia 2 tahun 10 bulan itu mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.