in

“Dah macam Incredible Hulk” – Tak Tahu Sebab Apa, Anjing Diwarnakan Hijau Oleh Manusia Tak Bertanggungjawab di Subang!

Anjing Hijau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi kebiasaan kalau kita jalan di mana-mana kaki lima, kita akan lihat beberapa anjing liar berada dalam keadaan tidak sihat. Satu sebabnya, mungkin mereka ni pernah didera dan ada juga yang dibaling batu oleh orang ramai yang tak suka keberadaan haiwan tu di situ.


Tapi yang paling admin tak puas hati ialah apabila viral di Facebook, seekor anjing liar ini ditemui dalam keadaan berwarna hijau dekat Subang Bestari dan dipercayai diwarnakan oleh manusia tak bertanggungjawab. 

Such a cute innocent fellow but why the green??! I dont think he has an owner though. Whoever did this must be a mental ARSE!! Idiotic mentality some humans have!!Spotted near Subang Bestari area

Posted by Shazreen Othuman on Sunday, November 10, 2019

Posting yang telah mendapat hampir 200 komen dengan 1k shares ini, mendapat perhatian rakyat Malaysia yang geram dengan kejadian tersebut.

 

Nampak tak sihat, berkeliaran menyelongkar makanan di tepi jalan 

Menerusi posting tersebut, anjing berwarna ‘hijau’ ni dilihat sedang menyelongkar bekas plastik dekat tepi jalan di Subang Bestari. Min syak kemungkinan anjing ni tengah lapar dan nampak tak berapa sihat.

Malah individu yang menjumpainya juga berkata, haiwan tersebut seperti tidak bertuan dan nampak lost. 

76782745 10157435936992110 4461034779185250304 O
sumber: facebook
Rata-rata netizen yang melihat keadaan anjing tersebut ternyata marah dan takut pewarna hijau tersebut beri efek tak elok pulak kat anjing tu. Sampai hati korang buli anjing ye. Kot ye pun tak suka agak-agaklah! 

Stray Doggo In Subang Was Painted Green By Anonymous People Netizens Outraged World Of Buzz
sumber: facebook
Macam manapun, bagi korang yang ada info tentang haiwan tersebut boleh je hubungi Malaysian Independent Animal Rescue untuk bantuan. Harap adalah yang baik hati cuba bersihkan anjing tu dari pewarna tersebut. 

Baca: “Yg buat report tu lagi anjing daripada anjing” – Warganet Tak Sampai Hati Tengok Anjing Ini Ditangkap Sampai Berdarah Mulut

Jing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.