“Sanggup naik bas 6 jam untuk jumpa doktor” – Selepas Tunggu 21 Tahun, Akhirnya Pasangan Ini Dapat Dakap Cahaya Mata Pertama

Tambah ke Sumber Pilihan
“Sanggup naik bas 6 jam untuk jumpa doktor” – Selepas Tunggu 21 Tahun, Akhirnya Pasangan Ini Dapat Dakap Cahaya Mata Pertama

Dekat mana-mana pelusuk dunia pun, masih ramai pasangan yang sukar untuk dapatkan anak dan sanggup tunggu dan berusaha sehingga berpuluh tahun.

Antaranya adalah pasangan dari Indonesia ini yang telah berusaha untuk dapatkan anak selama 21 tahun!


Seorang doktor dari Surabaya, Indonesia, Benny Ariffin telah kongsikan kisah perjalanan pasangan ini bagi mendapatkan anaknya di Instagram peribadinya.

Dalam postingnya itu, Dr Benny mengatakan yang pasangan, suami berusia 51 tahun dan Isteri berusia 44 tahun ini telah menunggu selama 21 tahun dan selama tempoh itu pasangan ini tak pernah putus harapan dan saling memberikan sokongan untuk mendapatkan cahaya mata.

Screenshot 2020 12 07 At 2.20.13 PmSumber: Instagram

Saya jadi saksi perjuangan mereka. Mereka tinggal 15km di luar Kota Sumanep dan perjalanan untuk bertemu saya untuk konsultasi mengambil masa enam jam perjalanan menaiki bas.”

Menurut Dr Benny, pasangan Somidi dan Su’udiyah ini telah menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan seperti pesakit lain, selepas mendapat embrio, mereka perlu menunggu masa hampir setahun sebelum ianya boleh dipindahkan ke dalam rahim dan dalam tempoh itu, pasangan ini berulang-alik ke hospital demi mendapatkan zuriat.

Screenshot 2020 12 07 At 2.20.21 PmSumber: Instagram

Ketika berhasil hamil, saya masih ingat momen penuh hari, tidak banyak kata tapi penuh tetesan air mata bahagia.”

Tak cukup dengan itu, ketika hari untuk melahirkan zuriat tiba, pasangan ini telah menaiki bas jam dua pagi bagi memastikan mereka sampai tepat seperti waktu yang telah ditetapkan dan akhirnya pada 1 Disember lalu, pasangan ini dikurniakan bayi perempuan yang sempurna dinamakan Aisyah.

Menurut Dr Benny, tujuan dia kongsikan kisah ini adalah untuk memberi tahu orang ramai agar jangan pernah putus harapan kerana kita tak tahu bila kita akan dikurniakan rezeki.

Pertemuan dengan mereka, saya yakin bukan suatu kebetulan semata. Melainkan bagian suatu rencana Yang Maha Kuasa yg saya yakin akan indah pada waktunya bagi kita semua. Semoga itu petanda agar saya dan KITA #SPREADKINDNESS lebih luas lagi.”

Tahniah Somidi dan Su’udiyah!

Baca: Selepas 10 Tahun Menanti, Adam Corrie dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata

Screenshot 2020 12 07 At 2.23.41 Pm

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nadia Ghafar
Lagi tulisan Nadia

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Sanggup naik bas 6 jam untuk jumpa doktor” – Selepas Tunggu 21 Tahun, Akhirnya Pasangan Ini Dapat Dakap Cahaya Mata Pertama
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/sanggup-naik-bas-6-jam-untuk-jumpa-doktor-selepas-tunggu-21-tahun-akhirnya-pasangan-ini-dapat-dakap-cahaya-mata-pertama/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM