in

“Sampai RM5.6k kau sebat!” – Ibu Muda Baru Habis Pantang Curi 95 Buah Barang Bayi Berjenama di Supermarket

Pencuri Pantang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua ibu dalam dunia ini sayangkan anak mereka dan ingin berikan yang terbaik kepada bayi yang baru dilahirkan meskipun mereka tak berkemampuan. Kalau tak dapat pakai barang branded, pakai yang murah pun jadilah asalkan anak-anak happy.


Tapi ibu kat luar sana janganlah jadi macam berita yang viral baru-baru ni. Menurut Sinar Harian, seorang ibu muda yang baru habis pantang 46 hari telah didakwa mencuri barang kelengkapan bayi dan wanita yang bernilai RM5,686.95! Wuish mahal gila! 

 

Menangis teresak-esak dalam mahkamah, mengaku tak bersalah

Nur Amirah Daud Latfi, 29 dilihat menangis teresak-esak ketika di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini sehingga menyebabkan prosiding pertama ditangguhkan sebelum pertuduhan dibacakan semula pada kali kedua.

130678
sumber: sinar harian

Amirah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri 95 barangan bayi termasuklah alatan pengewapan susu berjenama Avent (sterilizer) dekat Pasar Raya Aeon Mall, Lembah Sireh. 

20
gambar hiasan

Ibu kepada bayi perempuan ini didakwa telah lakukan kesalahan ini pada 21 Disember lalu sekitar jam 5.30 petang. Kes tersebut akan disebut semula pada 24 Januari depan.

 

“Sampai sterilizer pun ko kebas dik… melampau la tu. Anak aku basuh botol pakai berus elok je”

Rata-rata netizen yang mengikuti kisah viral ni seperti biasa mengecam tindakan suspek yang mencuri barangan bayi sehingga mencecah amaun RM5,000. Banyak gila tuuu! 

Sterilizer yang dicuri suspek jugak dapat perhatian sebab bagi netizen alatan tu bukannya satu keperluan. Basuh botol bayi guna berus pun dah okay whattt… Aish macam-macam! 

Curi1
sumber: facebook
Admin pun tak tahu nak cakap apa dah kalau kes macam ni. Kalau mencuri sikit-sikit tu admin fahamlah kan. Ini sampai 5k…. macam nak menjual dah tu. Uhuhu! 

Baca: Elok kena sambar petir, tengah azan dok mencuri”

Page 3 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.