“Elok kena sambar petir, tengah azan dok mencuri”

Jadikan sumber pilihan di Google
“Elok kena sambar petir, tengah azan dok mencuri”
Lobak Merah
Lobak Merah
"Elok kena sambar petir, tengah azan dok mencuri"
Loading
/

Apa nak jadilah dengan budak zaman sekarang ni. Tak rasa bersalah pulak buat kesalahan dekat perkarangan masjid.

Menurut Harian Metro, niat Tok Siak kerjakan solat sunat sebelum masuk waktu Subuh bertukar duka bila motosikalnya dicuri seorang lelaki di Masjid Sungai Seluang, Lunas, Kulim semalam.


F1
Sumber: Harian Metro

Ketika kejadian pada jam 4.30 pagi, mangsa berusia 54 tahun datang ke masjid dengan menunggang Honda EX5 sebelum menunaikan solat sunat dan membuat persiapan untuk solat subuh.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, tidak lama kemudian, mangsa dengar bunyi bising di luar masjid dan keluar untuk buat pemeriksaan.

K1
Sumber: Facebook

Kata mangsa, dia terkejut bila melihat seorang lelaki tengah cuba mencuri motosikalnya dan cuba untuk menghalang suspek. Walau bagaimanapun, percubaan mangsa gagal kerana lelaki berkenaan bertindak membawa lari motosikal selepas berjaya menghidupkan enjinnya.

“Siasatan awal melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek berkemungkinan bukan berasal dari kawasan Lunas.

“Usaha mengesannya kini sedang dilakukan anggota di Balai Polis Lunas yang diketuai Inspektor Zulkipli A Rahim.”

Orang ramai yang melihat rakaman video tersebut juga turut geram dengan lelaki berkenaan lagi-lagi sebab perbuatannya itu dilakukan ketika azan sedang berkumandang.

Cats1 1
Sumber: Facebook

Hmm… Semoga pencuri tu diberikan hidayah…

Baca: Pencuri Gigih Pecahkan Tabung Masjid, Ditertawakan Selepas Gagal Dapat Habuan

Page Curi

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Amalina Zainal
Semua tulisan Amalina

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Elok kena sambar petir, tengah azan dok mencuri”
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/elok-kena-sambar-petir-tengah-azan-dok-mencuri/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen