in

“Ini bukan soal harga” – Lelaki Didakwa Curi Hamster Depan Anak Bini, Kedai Haiwan Terkilan Lihat Cara Ia Dipulangkan

Ft Curi Hamster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu video di media sosial kini sedang tular memperlihatkan seorang lelaki didakwa melakukan tindakan negatif di sebuah kedai haiwan. Dalam video tersebut, lelaki tersebut didakwa telah cuba mencuri seekor hamster dari sebuah sangkar yang dipamerkan di kedai tersebut.

Lebih teruk lagi, kelakuan tidak bermoral itu dipercayai dilakukan depan isteri dan anak-anaknya. Menerusi satu hantaran video di Threads, lelaki tersebut dilihat mendekati sangkar hamster sementara si isteri seakan-akan memandang kiri dan kanan untuk perhatikan keadaan sekeliling.


Artikel berkaitan : Pengantin Lelaki Lafaz Akad Dalam Lokap Lepas Ditangkap Polis Sebab Mencuri Untuk Modal Nikah

Artikel berkaitan : Nafi Bersekongkol, Polis Perjelas Dakwaan ‘Escort’ Kenderaan Pencuri Kabel

Kemudian, lelaki itu dilihat ‘menangkap’ hamster tersebut dan memasukkannya ke dalam beg yang disandang sebelum berlalu pergi.

 

View on Threads

 

Memandangkan video tersebut tular, pihak kedai haiwan tersebut mendedahkan bahawa lelaki itu telah memulangkan hamster tersebut. Bagaimanapun, pihak kedai haiwan itu terkilan melihat cara lelaki tersebut memulangkan hamster itu.

Lelaki itu didakwa menyuruh orang lain datang secara senyap dan meletakkan semula hamster itu, sebelum berlalu pergi tanpa bersemuka untuk meminta maaf di atas pebuatannya itu.

 

View on Threads

 

Menurut pengirim video, pihak kedai berjaya menghubungi pelaku itu selepas jiran pelaku memberikan nombor telefon kepada pihak kedai setelah melihat video tersebut viral.

Dalam hantaran tersebut juga, pihak kedai meminta hal tersebut diselesaikan di balai polis. Kata pihak Hyper Pets Centre, lelaki tersebut memulangkan haiwan itu hari ini iaitu apda 2 hari selepas tarikh lelaki tersebut mencuri hamster tersebut.

“5/10 baru dia pulangkan, tapi dia pulangkan dengan cara yang kurang beradab, sebab tidak berjumpa dengan pihak kami pun untuk meminta maaf dan hanya mencampakkan hamster tersebut camtu je.”

“Staff kami di Pasir Gudang perasan rakaman CCTV tu yang dia pulangkan, dan rupa rupanya orang lain yang datang pulangkan dengan video CCTV yang sebelum tu (semasa mencuri bersama keluarga).”

Pastu staff kami still nak ajak berbincang dengan baik, pelaku minta maaf melalui wa dan ajak berjumpa di tasek, tapi staff kami insist untuk berjumpa di balai.”

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.