in

“Sampai hati buat makwe dia mcmtu” – [VIDEO] Teman Lelaki Emosi, Senang-Senang Tinggalkan Teman Wanita Tepi Jalan

Fi Tinggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang menjadi lumrah dalam sebuah hubungan percintaan akan ada perselisihan faham antara kedua pihak dan pergaduhan itu mesti akan berlaku.



Namun apa yang paling penting, kedua-dua pihak mesti cari jalan dan mengawal emosi supaya masalah yang mula-mula tu kecil tak diperbesarkan.

 

Berhenti tepi jalan, teman lelaki tinggal kekasih tepi jalan

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang gadis di Indonesia ni berdepan kisah sedih dalam hidupnya apabila videonya ditinggalkan oleh kekasih di tepi jalan viral di TikTok.

Dalam posting tersebut, terlihat motosikal yang dorang naik tu tiba-tiba berhenti tepi jalan yang masa tu ada banyak kenderaan di tengah jalan.

Paling menyedihkan untuk tengok, teman wanitanya itu ditinggalkan dengan tanpa sebarang beg atau telefon di tangan dia. Cuba bayangkan kalau masa tu, dia memang tak ada duit untuk naik teksi ke apa masa tu. Tak ke bahaya?

Selepas itu, si teman lelaki dilihat terus saja pergi tanpa toleh ke belakang sikit pun. Kenapa sampai macamtu dia buat hmmm

Beberapa video ada dimuat naik melalui akaun @danugse dan sehingga kini dah meraih lebih dari 11 juta views.

@danugse

Tega sih 💔💔💔🥺🥺😭😭😭😰😢😢 #fyp #xyzbca #viral #😭 #RambutMaksimal #💔

♬ Wanita Yang Kau Pilih – Rossa

Dalam satu posting video yang lain, wanita tersebut memuat naik mesej terbaru yang dihantar oleh kekasihnya. Mesti ramai yang akan geram dengan cara lelaki ni bila ayatnya buat macam tak ada apa yang jadi.

@danugse

🥺🥺🥺🥺🥺 #fyp #xyzbca #viral #😭 #💔 #RambutMaksimal

♬ Akhir Tak Bahagia – Misellia

 

“Kalau ya pun hantar la sampai rumah”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram mereka dekat si teman lelaki sebab tindakannya yang dianggap tak gentleman.

Reak Tinggal 1 Edit

Reak Tinggal 2 Edit

Reak Tinggal 3 Edit

Korang kalau ada kekasih tu, cuba cari jalan penyelesaian kalau ada masalah. 

 

Baca : [VIDEO] Wanita Tak Sengaja Upah Ex-Girlfriend Suami Jadi MUA, Hasilnya Macam Orang Lepas Geram

Foot Tinggal

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.