in

“Saman murah je kot!” – [Video] Lelaki ‘Bangangkan’ Pegawai Majlis Perbandaran Sebelum Sepak Individu Yang Rakam Kejadian

Feat

Kalau keluar beli barang atau pergi kedai makan sekejap, selalunya kita memang malas nak bayar parking atau park je kat mana-mana mengharapkan tak kena saman.

Disebabkan memang dah salah sebab tak bayar parking, double park, park kat tempat tak sepatutnya, takkan kita nak blame pegawai majlis perbandaran kalau dorang saman pulak?

Baru-baru ini, tular video seorang lelaki dari Kajang telah diberikan saman oleh pegawai Majlis Perbandaran Kajang. Tapi, instead of terima je saman tu dan bayar, lelaki ni pilih untuk buat hal.

Video Msian Man Yells At Kajang Officer For Giving Him A Rm10 Saman Kicks Person Recording World Of Buzz

Insiden ini sempat dirakam oleh seorang individu menunjukkan seorang lelaki memarahi pegawai majlis perbandaran kerana keretanya telah disaman.

Bukan tu je, lelaki ni siap maki pegawai tu dengan perkataan “bodoh” dan “bangang” sebelum menendang telefon dari tangan lelaki yang sedang merakam kejadian tersebut. Biadapnyaaa

Giphy 2

Dikatakan, lelaki ini telah pun ditahan dan siasatan lanjut akan dijalankan. Korang tengoklah sendiri videonya kat bawah ni:

Berbaloi ke masuk lokap, hadap mahkamah kena tindakan undang-undang semata-mata sebab tak nak kena saman? Bayar awal dapat murah kot!

 

Baca: “Berani bukak berani tanggunglah” – Pegawai DBKL Kena Tumbuk Dengan Peniaga ‘Haram’ Lepas Kedai Kena Sita

Screenshot 2020 02 26 At 8.32.37 Pm