in

“Berani bukak berani tanggunglah” – Pegawai DBKL Kena Tumbuk Dengan Peniaga ‘Haram’ Lepas Kedai Kena Sita

Collage 49

Macam yang korang tahu, peniaga sekarang macam cendawan tumbuh. Mana-mana korang toleh je ada orang berniaga. Memang susahlah nak lapar kalau duduk Malaysia ni.

Korang juga tahu, mostly peniaga-peniaga ni tak ada lesen dan dorang berniaga atas risiko sendiri. So, kalau kantoi, kena tanggunglah kan?

Menurut Sinar Harian, baru-baru ni seorang penguatkuasa DBKL telah ditumbuk dua kali di pipi oleh peniaga tanpa lesen.

Screenshot 2020 01 22 At 8.58.38 Pm
Sumber: sinar

Dikatakan, kejadian yang berlaku pada 5.30 petang semalam berlaku kerana peralatan peniaga yang menjual air Milo di tapak parkir Taman Titiwangsa telah disita.

Unit Media DBKL mengatakan, bukan saja peniaga ini telah berniaga tanpa lesen, dorang juga dah sebabkan kawasan persekitaran kotor.

Mereka juga mengatakan, peniaga yang juga pasangan suami isteri ini telah pun diberi terguran dan amaran lisan sebanyak tiga kali sebelum penguatkuasa membuat keputusan untuk menyita kedai mereka.

Bengang dengan tindakan pegawai DBKL ini, peniaga tersebut telah menumbuk pipi kanan dan kiri penguatkuasa tersebut sebelum menarik pakaian seragam dan menolaknya hingga jatuh.

Akibat dari serangan ini, pegawai tersebut telah mengalami kecederaan di bahagian kanan dan lutut sebelah kiri.

Screenshot 2020 01 22 At 8.58.47 Pm
Sumber: sinar

Seorang pengguna Twitter dipercayai salah seorang anggota DBKL mendedahkan yang pihak berkuasa telah menyediakan tempat untuk berniaga di kawasan Titiwangsa, kerana itu peniaga tak boleh nak menjual di dalam kawasan taman.

Screenshot 2020 01 22 At 8.53.57 Pm

Netizen di Twitter juga setuju dengan kenyataan dari wanita ini dan mengecam tindakan melampau peniaga tersebut.

Screenshot 2020 01 22 At 8.55.17 Pm Screenshot 2020 01 22 At 8.55.36 Pm Screenshot 2020 01 22 At 8.55.56 Pm

Untuk pengetahuan korang, pihak DBKL telah pun membuat laporan polis mengenai insiden ini kerana menghalang penjawat awam melaksanakan tugas.

Dah tahu berniaga cara tak betul, kenalah tanggung risiko kan?

 

Baca: “Hari ni kalau kau saman aku, kau tengok!” – Diva AA Mengamuk Mesin Bayar Parking DBKL Rosak!

Screenshot 2020 01 22 At 9.02.15 Pm