in

“Saman fitnah terusss” – PA Neelofa Cari Syamira Sebab Sebar Berita Palsu Pasal ‘Minyak Pengasih’ PU Riz?

Ft Lofariz

Kelmarin, kecoh di media sosial tentang hubungan Neelofa dan PU Riz di mana mereka dikatakan sudah putus tunang dan berlaku persengketaan antara kedua belah keluarga. Desas desus itu mula timbul apabila netizen perasan yang beberapa orang adik beradik Neelofa ada muat naik sesuatu di instastory mereka seolah-olah ia ditujukan kepada PU Riz. Malah, netizen juga ‘korek’ dan find out yang mereka dah unfollow PU Riz di Instagram.

Neelofa 3

Tidak semena-mena nama pasangan itu menjadi perbualan ramai di Twitter sehinggakan PU Riz menjadi trending. Ramai Twitter user yang membuat spekulasi dan cerita dan salah satunya adalah seorang wanita bernama Syamira yang telah mendakwa Neelofa terkena ‘buatan’ PU Riz!

Melalui Twitter, Syamira itu telah memuat naik perbualan Whatsapp dan berkata maklumat tersebut diperolehi oleh kawan kakaknya yang juga merupakan sepupu personal assistant (PA) Neelofa.

Menurut perbualan itu, dia mendakwa bahawa Neelofa dah terkena ‘minyak pengasih’ daripada PU Riz dan mereka telah kahwin senyap-senyap di Kelantan. Kononnya kini keluarga sudah tahu jadi Neelofa sedang dikurung untuk tujuan berubat.

Syamira5

Dakwaan itu mengejutkan ramai dan menimbulkan pelbagai spekulasi di mana netizen mula berkata tentang hal itu apatah lagi PU Riz dikenali sebagai orang yang ‘beragama’. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mengecam tindakan Syamira membuat dakwaan sebegitu dan berpendapat apa yang dilakukan itu membuka ruang fitnah yang lebih besar.

Komen1 3

Komen2 3

Melalui Instagram story PA Neelofa, Nadiah Khairuddin memaklumkan individu bernama Syamira Safiya itu kini sedang dicari. Nadiah meminta orang ramai yang mengenali atau tahu tentang keberadaan Syamira dan mempunyai apa-apa maklumat untuk menghubunginya.

Nadiah turut meletakkan nama account Syamira yang digunakan di Twitter dan Instagram. Hasil pemeriksaan Lobak Merah, account Instagram yang dinyatakan itu kini sudah ditukar kepada private. Bagaimanapun, account Twitter pula didakwa sudah digodam dan digunakan oleh anonymous.

Syamira1

Syamira3 Syamira4

Sementara itu, tuan empunya badan, telah memuat naik IGTV di Instagram malam tadi untuk menyangkal andaian atau dakwaan yang dah tersebar luas di internet.

Neelofa, 31, akui dia sendiri terkejut dengan apa yang dibacanya dan berkata semua andaian dan tuduhan diberikan itu tidak betul, tidak berasas dan tidak wajar. Tonton video penuh di bawah:

 

Baca: [Video] Didakwa Terkena Minyak Pengasih & Kahwin Senyap-senyap, Neelofa Akhirnya Buka Mulut

Ft Neelofa Final 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Instagram