in

[Video] Didakwa Terkena Minyak Pengasih & Kahwin Senyap-senyap, Neelofa Akhirnya Buka Mulut

Ft Neelofa Final 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular baru-baru ini di media sosial bahawa hubungan cinta antara Neelofa dan PU Riz didakwa sedang retak menanti belah. Bukan sahaja dikatakan sudah putus tali pertunangan, malah ada dakwaan mengatakan Neelofa terkena minyak pengasih dan sudah bernikah secara senyap-senyap di Kelantan sehingga menjadi topik yang ‘trending’ di Twitter sejak dua hari lepas.



Untuk menguatkan lagi dakwaan netizen mengenai keretakan hubungan cinta antara mereka berdua ini, dilaporkan ibu Neelofa, Datin Noor Kartini dan adik-beradiknya yang lain telah bertindak untuk memadam gambar-gambar sekitar majlis merisik bekas pengacara MeleTOP itu.

Bukan itu sahaja, mereka juga bertindak untuk unfollow PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25, di laman Instagram dan memuat naik beberapa status yang didakwa ditujukan kepada pendakwah bebas itu.

Eh betul ke?

Neelofa 2

Berasa terpanggil untuk menjernihkan keadaan yang mencemarkan nama baik antara dua buah keluarga, Neelofa akhirnya tampil untuk menjelaskan keadaan sebenar melalui sebuah klip video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram semalam.

 

Andaian netizen tidak benar!

Neelofa, 31 menerusi satu kenyataan memberitahu tiga andaian yang tersebar luas dalam media sosial sejak dua hari yang lepas itu adalah tidak benar sama sekali!

“Saya sendiri terkejut apabila saya baca dan melihat andaian-andaian yang keluar yang sememangnya tak betul, tak berasas dan tak wajar.” 

Menurut Neelofa, andaian yang mengatakan bahawa dia terkena minyak pengasih adalah tidak benar. Begitu juga dengan andaian netizen mengenai berita pernikahannya yang dilakukan secara senyap-senyap di Kelantan berwalikan bapanya sendiri, Mohd Noor juga adalah tidak berasas.

Dakwaan saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris adalah tidak benar sama sekali.  

Dalam masa yang sama, pelakon Suri Hati Mr Pilot itu juga berharap agar semua pihak tidak mempercayai segala tuduhan yang dilemparkan terhadapnya secara melulu.

 

Serahkan segalanya kepada keluarga

Neelofa 1

Berkaitan status terkini hubungannya bersama Pu Riz yang dikatakan berantakan pula, Neelofa menjelaskan bahawa dia menyerahkan segala urusan kepada kedua belah keluarga dan enggan membuat sebarang kenyataan yang membelakangkan keluarganya.

Sehingga kini, Pu Riz masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan hubungannya dengan Neelofa yang dikatakan sedang berantakan itu.

Apa-apa pun, netizen janganlah sebarkan berita-berita palsu untuk keruhkan lagi keadaan. Doakan lah semoga segala krisis mereka ini berakhir dengan baik-baik sahaja. 

Baca: ‘Trending’ Nombor 1 Di Twitter, Hubungan Neelofa Dan PU Riz Ada Masalah?

Baca Neelofa

Sumber: Awani
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.