in

Salah Siapa Sebenarnya Ni? Video Viral Kemalangan di Johor Buat Netizen Bertelagah

Kesian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Salah Siapa Sebenarnya Ni? Video Viral Kemalangan di Johor Buat Netizen Bertelagah
Loading
/

Perlanggaran antara dua buah motosikal dalam satu video viral beberapa jam lalu di Johor ni telah menarik perhatian serta perdebatan antara netizen dalam menentukan siapa salah dan siapa betul. Admin yang menengoknya dekat 10 kali pun tak habis-habis berdebat dengan kawan admin tau! 

Menurut NST, footage dashcam yang kini tengah viral di Facebook bermula dengan sebuah kereta berhenti di hadapan pintu sekolah. Dalam keadaan trafik yang slow sebabkan hujan, dua buah motosikal secara tetiba berlanggar dalam jarak 5 meter dari kereta tadi – yang mana motosikal tengah laju dari belakang langgar sebuah motosikal lagi yang sedang membelok ke kanan. 


Remaja tercampak, ibu dan anak tumbang atas jalan

Perlanggaran tu menyebabkan motor yang dipandu remaja berbaju hijau tercampak ke depan sampai melanggar kereta yang sedang merakam kejadian tu. Manakala motosikal yang dibawa oleh seorang ibu dan anaknya pulak tumbang kat tengah jalan. Alamak! 

A3 1
sumber: facebook

Tapi nasib baiklah tak ada siapa yang cedera parah dalam kemalangan tu. Remaja berbaju hijau dah cepat-cepat bangun dan dirikan motor dia (obviously abang ni sayang motor wei) dan mak dengan anak tadi pulak dah dibantu orang sekeliling yang lihat kejadian tersebut.

Meskipun durasi video ni kejap je, dalam 1 minit 45 saat, namun kat internet, benda ni dah macam benda besar pulak sampai masing-masing bertelagah nak menangkan makcik yang bawa motor dengan anaknya atau abang berbaju hijau tu. Wuish korang biar betul! 

Budak baju hijau tu yang salah! 

Tindakan abang pakai baju hijau yang dikatakan speeding di hadapan pintu sekolah telah mendapat kecaman kaw-kaw dari netizen. Ramai yang salahkan dia sebab dorang tengok budak tu langsung tak bantu makcik dan anaknya yang dah tumbang atas jalan lepas kemalangan. Dia lebih ‘pentingkan’ motor dia.

Hijau 1 1

Hijau 2

Hijau 3
sumber: facebook

Kakak tu belok sesuka hati dah kenapa? 

Ada pulak netizen yang bash makcik tadi sebab tetiba membelok sesuka hati di tengah jalan dan tak tengok ke belakang bahu dulu sebelum buat belokan. Lebih buruk, makcik ni katanya langsung tak bagi sebarang signal. Alamak makcik… bahaya sangat tu! 

1 12

2 10

3 8
sumber: facebook

Dua-dua salah! 

Namun selepas pakar-pakar netizen analisa video tu berlaki-kali, dorang conclude yang kedua-dua penunggang memang bersalah sebab tak pakai helmet! Emm kemalangan tu satu hal, kalau dah kepala pecah atau berdarah.. haa acaner??

Dua 1

Dua 2

Dua 3
sumber: facebook

Macam manapun bagi admin, kedua-dua penunggang ni patut take note lah akan kesalahan-kesalahan yang mereka buat. Tak pakai helmet, tak bagi signal dan bawa motosikal dengan kelajuan yang tinggi kat kawasan sekolah tu semua sangat berbahaya. Semoga netizen juga belajar sesuatu dari video yang viral ni.

Siapa salah? Kongsikan pendapat anda dengan kami! 

Baca: Tow Truck Bergegas Nak Bantu Mangsa Kemalangan di Ranau, Tapi Terlanggar Budak Sekolah Hingga Maut

Gusgud

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.