Tow Truck Bergegas Nak Bantu Mangsa Kemalangan di Ranau, Tapi Terlanggar Budak Sekolah Hingga Maut

Jadikan sumber pilihan di Google
Tow Truck Bergegas Nak Bantu Mangsa Kemalangan di Ranau, Tapi Terlanggar Budak Sekolah Hingga Maut

Inilah yang dinamakan malang tak berbau. Dalam usaha nak selamatkan satu nyawa, satu nyawa lain pulak yang melayang tanpa disangka-sangka!

Menurut The Star, seorang pemandu tow truck yang dikatakan sedang rushing menuju ke lokasi kemalangan secara tak sengaja terlibat dalam kemalangan hingga menyebabkan seorang budak sekolah meninggal dunia.


Masa kejadian berlaku, dua orang pelajar dilaporkan sedang melintas jalan Ranau-Telupid iaitu 120km dari Kota Kinabalu dalam jam 3.30 petang pada 17 April.

Kereta 1
Sumber: The Star

Hilang kawalan sebelum langgar dua pelajar

Driver tow truck tersebut tiba-tiba hilang kawalan terus melanggar pelajar berumur 16 tahun yang mati serta merta kat tempat kejadian, manakala kawannya pulak yang berusia 15 tahun mengalami kecederaan yang serius. Kesiannya…

Identiti driver tow truck tu dah pun dikenal pasti dengan nama Mohd Faizan berusia 33 tahun. Dia jugak alami kecederaan serius disebabkan tow truck tu dilihat terbalik di atas jalan.

Menurut Ketua Polis Ranau, DSP Farhan Lee, mangsa Nor Aliz Khairunnisya Azazahari, 16 dan rakannya, Elcy Hairyson, 15 berasal dari SMK Matupang, Ranau. Mereka berdua dalam perjalanan pulang dari rumah sebelum Nor Aliz dilanggar mati dan Elcy pulak patah kaki dan cedera di kepala.

Kereta 1 1
Sumber: The Star

Buat masa ni kes akan disiasat di bawah Akta Pengakutan Jalan kerana cuai ketika memandu.

Kalau nak rushing ke mana-mana pun, utamakanlah keselamatan dulu. Pape pun semoga driver dan mangsa yang cedera parah tu cepat sembuh. 

Baca: Mangsa Kemalangan Meninggal Dunia Lepas Tunggu Ambulans Datang Lambat Sejam

111

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Tow Truck Bergegas Nak Bantu Mangsa Kemalangan di Ranau, Tapi Terlanggar Budak Sekolah Hingga Maut
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tow-truck-bergegas-nak-bantu-mangsa-kemalangan-di-ranau-tapi-terlanggar-budak-sekolah-hingga-maut/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen