Semalam, sebuah video tular di media sosial yang memaparkan seorang individu bertindak mengamuk di sebuah sekolah dengan membawa sebatang kayu.
Terdapat sumber yang mengatakan individu berkenaan merupakan seorang bapa yang berang kerana anaknya dipukul oleh guru lalu bertindak mengamuk di sekolah berkenaan.
Pun begitu, ia ternyata berita palsu dan sebenarnya sekolah berkenaan melakukan latihan keselamatan jika berhadapan dengan situasi sedemikian.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02mZss9ydQFg28Ve284cpGRiQ1D1EQHcsXVbZJzjmPyTVoQGFVAS9omrPPeQdBnLvWl&id=100057375733215
Difahamkan, Sekolah Rendah Taman Warisan, Seremban itu melakukan latihan berkenaan dan ia disertai oleh semua pelajar di sekolah berkenaan.
“Latihan demonstrasi keselamatan, latihan menghadapi orang mengamuk.
Objektif, sebagai persediaan dan latihan kepada pelajar dan guru sekiranya kejadian ini berlaku di sekolah.Persediaan untuk bertindak menyelamatkan diri sekiranya kejadian berlaku di sekolah,” tulisnya.
“Ramai yang tertipu”
Perkara tersebut sudah pastinya menarik perhatian netizen, ada yang pada mulanya menganggap ia sebuah situasi getir yang sempat direkodkan, namun selepas penjelasan telah dibuat oleh pihak sekolah tersebut, ramai yang memuji inisiatif sekolah berkenaan.
Latihan keselamatan itu amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk pelajar yang masih dibangku sekolah rendah.
Jangan sebar kalau tak pasti tau…
Baca: “Memang akan buat trauma tapi…” – [VIDEO] Netizen Puji Guru Tadika Buat Simulasi Penculikan