in

“Yg pengutip hutang itu datang pada 23 Oktober” – Nubhan Dedah Buat Laporan Polis, Tidak Boleh Diamkan Isu

Syaz Ft 70

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad tampil mengejutkan ramai apabila mendedahkan satu laporan polis yang telah dibuat pada bulan lalu berhubung kehadiran sekumpulan pengutip hutang di kediamannya bagi mencari bekas isterinya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya hari ini, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, 40, memaklumkan dia mengambil keputusan untuk bersuara sekarang kerana menganggap isu tersebut terlalu serius untuk terus didiamkan.


Berdasarkan salinan laporan polis bertarikh 23 Oktober 2026 di Balai Polis Paroi, Seremban itu, kediaman penyanyi berkenaan telah didatangi oleh tiga lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai pengutip hutang sekitar jam 2 petang.

Artikel berkaitan: “Ada yang ajak minum kopi” – Nubhan Dedah Ramai Wanita DM Lepas Cerai

Artikel berkaitan: “Korangnya pun memang la awal semuanya wangi – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NUBHAN AHAMAD (@nubhan.ahamad)

“Ye pengutip hutang itu datang pada 23 Oktober 2026. Perkara ini sangat-sangat serius. Saya mengambil keputusan untuk beritahu sekarang sebab saya rasa perkara ini tidak boleh didiamkan. Jumlah yang diminta adalah sebanyak 2 juta lebih.

Saya telah pun buat repot polis atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya. Seperti saya cakap sebelum ini, jika membabitkan keluarga saya tidak akan berkompromi,” tulisnya.

Menurut laporan tersebut, ketiga-tiga individu berkenaan memaklumkan bahawa bekas isteri Nubhan mempunyai tunggakan hutang berjumlah RM2.3 juta dan didakwa enggan memberikan kerjasama ketika cuba dihubungi.

Susulan kejadian itu, Nubhan membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan anak-anaknya yang berada di bawah jagaan bekas isterinya, selain tidak mahu emosi mereka terganggu serta mengalami trauma akibat gangguan pihak berkenaan.

Dalam kenyataan sama, Nubhan menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali berkompromi sekiranya melibatkan keselamatan anak-anak dan ahli keluarganya, malah sudah pun merujuk perkara berkenaan kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.