Tidak dapat dinafikan, kebelakangan ini terdapat banyak kes penculikan yang melibatkan kanak-kanak, sebagai ibu bapa sudah pastinya ia adalah sesuatu yang merisaukan.
Jadi, pelbagai pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak ibu bapa dengan bantuan pihak sekolah bagi mengekang kes-kes seperti ini berlaku.
Sebuah video telah tular di laman media sosial TikTok yang memaparkan sebuah tadika tempatan melakukan simulasi penculikan dan video tersebut mendapat perhatian ramai.
@umi.maisarah94 Simulasi penculikan tpqch #fyp #fypシ #trending #fyppppppppppppppppppppppp
Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @umi.maisarah 94 itu menunjukkan beberapa orang guru berpakaian serba hitam dan menarik seorang pelajar tadika melalui pintu pagar kecil premis tersebut.
Kanak-kanak di situ kemudiannya lari bertempiaran sambil menangis ketakutan dan dalam video seterusnya pihak tadika itu menjelaskan selepas simulasi tersebut, pelajar-pelajar di situ telah ditenangkan dan diberikan taklimat berkenaan simulasi tersebut.
@umi.maisarah94 Replying to @Putera Aniq part dalam kereta tak rakam sbb tak cukup tangan nak rakam? pelakon semua cikgu termasuk saya ? #fyp #fypシ
“Bagus latih mereka dari awal”
Ramai netizen memuji pendekatan yang dilakukan oleh tadika tersebut walaupun ada yang merasakan perkara itu akan mendatangkan trauma kepada kanak-kanak tetapi ramai juga yang mempunyai pendapat ianya ibarat satu langkah berjaga-jaga.
Ikut pepatah “sediakan payung sebelum hujan” kan? Good effort cikgu-cikgu!