in

“Sabar betul tuan dia” – Perangai Nakal Kambing ini Terperangkap Dalam Pasir Jerlus Buat Netizen Terbahak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa kat sini ada bela haiwan peliharaan kat rumah? Tak kisah lah anjing ke, kucing ke, ikan ke atau apa-apa je lah. Mesti korang tak bosan kan tengok gelagat haiwan peliharaan korang.


Haa.. kali ni admin nak share pasal haiwan peliharaan jugak, seekor kambing. Perangai kambing ni memang tak lari macam kucing yang suka buat perangai pelik-pelik. Kambing yang admin nak share kali ni terperangkap dalam pasir jerlus. Korang tengok lah sendiri video @imanirfann kat bawah ni.

 

Sabar betul tuan dia

Admin pun tak pasti macam mana si kambing tu boleh masuk dalam pasir jerlus tu. Mesti sebab nakal sangat ni. Iyelah, korang tengok lah part last dalam video tu, boleh pulak dia tergolek dalam lumpur lepas dah selamatkan dia. Nakal betul!

Betul. Tuan dia mesti penyayang dan penyabar orangnya. Cuma perangai kambing ni je lah yang nakal sangat. Buat kambing golek nanti baru dia sedar kot.

Fed up pun masih bantu gak. Kalau admin dah letak dalam sangkar atau kandang terus. Lepas keluar buat penat nak jaga. Duduk diam-diam dalam tu, senang nak monitor.

Kambing pun sama dengan kucing gak. Ada je perangai pelik-pelik dan suka sangat buat hal menyusahkan tuan dia. Eee geram je admin tengok.

 

Baca: “Sampai putih muka dia” – Netizen Terhibur Tengok Kambing Enjoy Makan Durian, Siap Benam Kepala Dalam Buah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.