“Sampai putih muka dia “-Netizen Terhibur Tengok Kambing ‘Enjoy’ Makan Durian, Siap Benam Kepala Dalam Buah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sekarang ni kan musim durian, bukan facebook instagram twitter semua sembang pasal durian, lepak mamak dengan kawan pun sembang pasal durian.

Tu belum lagi part gerai-gerai durian tepi jalan yang ‘berperang’ harga demi nak pastikan ramai orang singgah makan durian kat gerai mereka.

Tapi apa yang admin nak kongsikan dengan korang ni memang lain dari yang lain.

Pernah tengok kambing makan durian? Bukan makan biasa-biasa tau, siap enjoy lagi sambil benam kepala dalam buah tu.

Sumber : Facebook

Baru-baru ni viral video seekor kambing makan durian kat satu dusun. Yang buat netizen berdekah ketawa bila tengok gelagat kambing tu ‘enjoy’ makan raja buah tersebut.

Muka habis putih dengan isi durian.

Selam muka dalam durian. Makan elok2 ler. Makan macam kambing je.

Posted by KakNab BINI JIRAN on Saturday, June 29, 2019

Video berdurasi 24 saat itu dirakam seorang lelaki tapi lokasi tak dapat dipastikan dimana, dia merakam gelagat kambing tersebut sambil membuat ulasan dalam loghat utara yang membuatkan netizen gelihati.

Tengok kambing habis sampai putih muka, haaa tengok tu..huihh tengok ni, mengalahkan manusia makan tengok, tengok tu…tengok”

Rata-rata netizen terhibur dengan tengok gelagat kambing tersebut yang kelihatan cukup berselera menikmati durian yang dah dikopek tersebut.

Sumber : Facebook

 

Korang makan durian tu elok-elok, kang tercekik biji durian jadi satu hal pulak..kahkah!

Baca : Kambing ganti maskot Lihat Video Rare Perbarisan Hari Sukan Sekolah Ni Siap Bawa Kambing Berkawad!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.