“Rupanya TAKDE penghuni!” – [VIDEO] Buat Aduan Polis Sebab Jiran Bising, Individu Terkejut Bila Dapat Tahu…

Tambah ke Sumber Pilihan
“Rupanya TAKDE penghuni!” – [VIDEO] Buat Aduan Polis Sebab Jiran Bising, Individu Terkejut Bila Dapat Tahu…

Sama ada kita percaya dengan alam ghaib dan makhluknya atau tidak, kita harus menerima hakikat kadangkala ada beberapa perkara yang berlaku tidak dapat dijelaskan dengan logik akal.

Sebagai contoh, menerusi video yang dimuat naik @bigredmachine3196 di TikTok yang juga seorang anggota polis, dia telah berkongsi satu pengalaman seram yang berlaku ketika menjalankan tugas.


Jiran buat aduan tak tahan bilik depan rumah buat bising

Menerusi video itu, anggota polis tersebut mendedahkan seorang pengadu telah membuat laporan polis gara-gara tidak tahan dengan sikap ‘jirannya’ yang sering memasang lagu kuat di waktu malam sambil menari-nari.

Bukan sekali jiran ini membuat laporan yang sama, namun setiap kali pihak polis datang memeriksa, bilik yang dikatakan itu kelihatan gelap dan muzik yang didengar dimatikan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Merasakan aduannya tidak berkesan, jiran itu kemudian bertekad dengan merakam ‘kelakuan jirannya’ dan menghantar video itu kepada pihak polis.

Bila polis sampai, lampu bilik terus dimatikan? 

Apa yang lebih mengejutkan, setibanya pihak polis di tempat kejadian, mereka sempat melihat lampu di bilik yang diperkatakan itu dimatikan.

Pihak polis kemudian memanggil tuan rumah untuk menyoal siasat apa yang berlaku. Menerusi hasil siasatan mendapati sebenarnya bilik tersebut berkunci dan memang tidak berpenghuni pada waktu itu kerana penyewanya tiada di rumah.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, pihak polis kemudian meminta tuan rumah menghubungi penyewa bilik berkenaan. Pintu bilik berjaya dibuka dan bila diperiksa memang bilik itu kosong tiada orang di dalamnya. Ah sudah!

Korang tengok cerita selanjutnya kat video di bawah… 

Apa-apapun menurut pemilik video, pihak polis tidak lagi mendapat sebarang laporan berkenaan bilik berkenaan sejak dari kejadian itu.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan meluahkan rasa meremang dan seram melihat entiti berkenaan menari-nari di dalam bilik.

RakamSumber: TikTok

Huuu seram! Kalau min lah, jam tu jugak rasa macam nak pindah rumah dah. 

Baca: “Orang ke tu?” – [VIDEO] Seram! Netizen Tertanya-Tanya Penampakan Lembaga ‘Jengah’ Bayi Ini

Bobo

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Rupanya TAKDE penghuni!” – [VIDEO] Buat Aduan Polis Sebab Jiran Bising, Individu Terkejut Bila Dapat Tahu…
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/rupanya-takde-penghuni-video-buat-aduan-polis-sebab-jiran-bising-individu-terkejut-bila-dapat-tahu/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM